WELCOME to my blog...:-)

This blog is merely expressions of faith alone ...thanks, to all my friends continue to support this blog...

Thursday, April 28, 2011

Buzy Body



selawat dan salam

aku agak sakit ati bila ada orang mengadu pasal orang asyik duk buzy body je pasal dia
ape punya orang la...tobat2 la ehh
nak kata xde education pelik la pulak...
pliz la jgn jadikan buzy body sebagai hoby

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi
orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan
menerima pembalasannya diakhirat.


kita mungkin hanya nampak kesalahn orang je
tapi keslahan kita sendiri kita xajim napok pon
kuman seberang laut buleh napok tapi taik gajoh dalam mato xnapk dah

Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu
perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

aku xreti basse sunguh la ngn orang jenis perangai gini
tulun la beti duk buzy body hal orang...ingat mung tu bagus sangat ko???
ape pekdoh la ya behi duk buzy body hal orang tu
cukup la jaga je tepi kain mu hk berlubang2 dah tu

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana
mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan
zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan
Ibnu Hibbad)

buat insan yang terinaya dan telah menjadi mangsa keadaan
tabah dan sabarlah menghadapi dugaan ini
semoga ianya akan cepat berakhir
percayalah suatu hari nanti pasti kebenaran akan terzahir jugak

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar
apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah
datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang
yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

INSAFLAH DIRI

Wednesday, April 27, 2011

Sabarlah Wahai Hati

adakah adil jika kita xbuat silap tapi terpaksa menaggung akibat dari kesalahan orang lain????
jika difikirkan sekali memang tidak adil dan sangat menyakitkan hati
itulah hakikat yang sebenarnya....

kita sebagai insan yang lemah harus redha dan pasrah di atas ketentuan dan takdir yang menimpa kita...


sejauhmana harus bersabar???
itulah persoalannya!!!!

aku juga xde jawapan untuk soalan itu...
apabila adanya orang yang hanya pentingkan dirinya sendiri sahaja...beginilah jadi nya
apa yang aku mampu lakukan ialah mengangkat tangan dan berdoa kepada RABB JALIL..
semoga diri mu tabah menghadapi ujian dari-Nya.



setiap manusia xkan lari dari musibah apa yang membezakan kita adalah banyak dan sikit ujian itu..dan bagaimana cara kita menghadapi ujian itu...
walaupun dirimu tidak kuat tapi cubalah menjadi yang terbaik!!!

ukirlah senyuan dikala kamu gelisah
kerana dengan senyuman itu akan melegakan keresahan di hati mu....

jauhilah daripada melakukan perkara yang boleh membenihkan rasa dendam dihati
kerana perasaan dendam itu hanyalah bisikan syaitan laknatullah semata-mata..

Aku selalu ada tika kau gelisah
akan aku ukirkan senyman seiklas hati buat mu,
MY BELOVE SIS...


TAKE CARE YOUR SELF

12 Sifat SAHABAT


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu


2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu


3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu


4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik


5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu


6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya


7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya


8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu


9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu


11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu


12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah

Monday, April 25, 2011

Kebetulan...

salam

walaupun agak sibuk utuk study final aku cuba jugak luang masa sikit utuk update blog
bagi aku...walaupun aku sibuk macam mana pun aku xkan abaikan perkara yang aku minat
ketengan fikiran tu very important...

semalam aku ada buka laman sosial baru...ala2 fesbuk jugak la
tapi fesbuk islamic sikit
fren pom xramai lagi hak add...sbb xaktif mana...sedak main fesbuk lagi

dalam fren aku tu ada la sorang tu...aku saje je try chat ngn dia kat fesbuk tu..
mulanya dia jual mahal jugak...kononya xse berkenalan ngn aku
aku pun oyt kalu xse kenalan xpo la...sori mengangu
pas tu dia terus bagi respon ajak kenalan....

aku oyt xleh nk chat lama sbb kena study utuk final esok..
dia tny aku blja mana...aku oyt blja kat ganu..
secara otomatik dia kata blja kat udm ke?
satu tekaan yang betul....
nak kata kat teganu ni ada udm je...xjugak ada UMT...UITM pon ada


than aku suh teka lak skarng di aku sem bape
dengn betul jugak dia teka sem 6
bagi aku xpe lagi...kebetulan kot dia nak teka tu betul

aku makin xpuas hati...
aku suh lak teka aku amik kos ape...
dengan xpikir pnjang di kata kos usuluddin
ternganga jugak aku tengok jwapan dia tu
very imposible
aku mula terpikir mana dia blh tahu pasal aku ni...
hmmmmmm.....hairan bin ajaib

aku suh lak dia teka aku ni anak ke bape???
akhirnya....dia tewas jugak....hehehe
6kali dia teka suma salah...jawan yang ketujuh baru betol
sebb aku anak ke7...hohoho

bila aku tanya dia gano blh teka yang atas tu suma betol
dia just jawab sebb dah terfikir benda tu?
very simple answer!!!

asalnya aku xbape nak caye jugk kot la dia ada skodeng aku kat mana2
rusim jugak...hahaha
tapi bila dia teka aku anak ke bape tu salah, aku pecaya la dia memng betol2 teka je
kebetulan nak betol...

ITULAH DIKATAKAN KEBETULAN NAK KENA

**********

kalo jawap solan exam hak obketif pon g2 jugak..
hentam je kalo nk betul2 jugk
tapi kalo salah...terima lah nasib badan
jangan amalkan sangat amalan teka meneka ni
kalo teka betul nasib baik la...hehhe rezeki la tuh


Sunday, April 24, 2011

1 Perkongsian

selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

bersyukur kepada ilahi kerana dengan izinNya selesailah sudah satu paper untuk hari ni
aku rasa berpuas hati dengan jawapan yang aku berikan hari ni
semoga terus dipermudahkan oleh Allah untuk paper yang seterusnya esok

********
pada akhir kelas hari tu, ustaz ada berpesan,...

Jangan Memahami bahawa Pahala Membaca al-Quran itu Hanya untuk akhirat sahaja
tapi sebenarnya semasa di Dunia lagi kita sudah Mendapat pahala itu..

Jalinkanlah Keikhlasan dengan Allah Taala..
agar mendapat keberkatan hidup di Dunia ini

kita hendaklah jadi MANUSIA yang sebenar2nya
janganlah jadi...MANU SIA-SIA...(paham x?..aku pom kekurangan faham) hehehe
mesti jadi orang yang baik dengan keberkatan al-Quran....

********
sedikit tips untuk hafal al-Quran

hendaklah membaca al-Quran dengan penuh keikhlasan hati

baca dan ulang al-Quran, serta kena Faham makna dengan baik

betulkan niat...LILLAHI TAALA...


*********

selamat berjaya dalam imtihan hafalan al-Quran Esok
bi taufiQ wa Najah

Saturday, April 23, 2011

Bermulanya Sebuah Perjuangan

Dimulakan dengan Bismillah dan Salam

Buat sahabat seperjuangan, esok bermulalah perjuangan kita setelah 14minggu belajar
hanya ada 2minggu sahaja untuk membuktikan sejauh mana kefahaman kita terhadap segala ilmu yang dicurahkan oleh para pensyarah...

kalu bukan melalui ujian kita xkan tahu sejauhmana kita memahami segala ilmu yang kita pelajari..
secara peribadi aku paling xsuka kepada peperiksaan..bagi aku peperiksaan itu sangat membebankan aku...(org lain jgn jadi macam aku...pemalas hahha)
tapi aku tetap harus kuatkan semangat untuk hadapi semua ini...



kalo nak ikutkan bukan banyak sangat pon kena baca...tapi perasaan mals tu sangat telah mengatasi segalanya...(xdok ubat doh la kalu malas so karo gak)....hahaha
tapi bila aku tengok suma orang duk study sapa xtubik bilik... aku pon rasa tercabar jugak...
walaupun aku rasa xleh nak challenge la top student kat sini....
ape pun aku akan cuba sedaya upaya untuk kekalkan result aku sem lepas...
(tapi xseberapa pom) hoho

dikesempatan yang ada ini aku ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali aku..terutaman sahabat2 seperjuangan usuluddin sem6...she, wanda, kai, deb, tia, cak, enti...dan ramai lagi yang xdapt di sebut disini..semoga kalian semua akan mencapai segala impian yang dihajati...aku akan sentiasa mendoakan kejayaan kita bersama...PEACE!!!
kepada pembaca blog ini..ampun dan maaf andainya coretan di dalam blog ini ada yang menguris hati kalian semua...

aku pun agak kesuntukan masa sekarang..sekadar itu sahaja yang mampu aku coretkan untuk kali ini...semoga bertemu di lain entri...
TIME 2 STUDY!!!

SELAMAT BERIMTIHAN..

THANKS 4 EVERTHING


Friday, April 22, 2011

Haqaiq Perbandingan


SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Nama sebenar beliau Ali bin Abi Thalib bin Abd al-Muttalib bin Hashim bin Abd al-Manaf al-Quraisy. Sejak kecil lagi beliau terdidik di rumah Rasulullah s.a.w dan juga tidak pernah berpisah dengan baginda. Saidina Ali juga terkenal sebagai seorang yang handal dan berwatak perwira. Ia tidak pernah ketinggalan dalam menyertai semua peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w melainkan Perang Tabuk.

Saidina Ali bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah S.A.W. serta yang paling dicintai oleh baginda bahkan beliau juga seorang manusia luarbiasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan. Kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan pidato yang masyhur. Beliau seorang pahlawan yang tiada siapa dapat menafikan yang mana beliau merupakan di antara barisan pahlawan-pahlawan terbilang.

KEHIDUPAN KEROHANIAN ALI BIN ABI TALIB

1) Beliau telah diberi nama Rabbani Ummah kerana beliau sejak kecil hingga dewasa tidak kafir dan syirik malah beliau tidak melakukan amalan jahiliyyah bahkan beliau hanya mengetahui kebaikan sahaja.

2) Beliau merupakan seorang yang faqih dan ahli ibadah serta mengumpulkan al-Quran. Bukti yang mengatakan beliau sedemikain ialah apabila Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar bergantung kepada beliau dalam memutuskan fatwa dan hukum yang penting yang tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

3) Beliau berada di tempat pertama dalam kedudukan kesufian syeikh-syiekh yang mulia. Beliau juga merupakan ketua sesebuah kaum yang cinta kepada Allah daripada pandangan mata hati, kecintaan kepada ibadah, cahaya ketaatan, wali yang bertaqwa serta pemimpin yang adil.


MAKNA KEROHANIAN DALAM KEHIDUPAN ALI BIN ABI THALIB

Setiap percakapan itu bukan kerana mengingati Allah ia adalah melalaikan, setiap perbuatan diam bukan digunakan untuk berfikir maka ia merupakan satu kelalaian, setiap pandangan itu jika bukan untuk memberi pengajaran maka ia juga satu kelalaian, dan setiap pergerakan itu bukan untuk beribadah ia merupakan tempoh Allah mengasihi hamba-hambaNya. Maka percakapan itu untuk mengingati, diam itu untuk berfikir, pandangan itu merupakan pengajaran, pergerakan itu adalah pengabdian kepada Allah s.w.t dan terselamatlah manusia daripada lisan dan tangannya.

Kalamnya daripada sifat-sifat ahli ibadah yang bertaqwa dan mereka adalah orang yang mempunyai kelebihan, percakapan mereka benar, pakaian mereka sederhana, kehidupan yang tawadu’, memelihara pandangan mereka daripada apa yang telah diharamkan Allah, mendengar ilmu yang bermanfaat, diturunkan kepadanya ujian tetapi baginya seperti satu kemakmuran, sekalipun apa yang telah ditetapkan Allah kepada mereka tetapi mereka masih merindukan pahala kepada Allah dan takutkan azab-Nya.