WELCOME to my blog...:-)

This blog is merely expressions of faith alone ...thanks, to all my friends continue to support this blog...

Wednesday, June 29, 2011

Minggu Suka dan Duka

salam buat teman2

minggu ni masuk minggu ke3 aku mengajar di Zunnur Machang
macam2 pengalaman telah aku peroleh sepanjang 3 minggu ni
minggu pertama kira sangat ok
sebab baru je nak biasakan diri ngn budak2
minggu ke2 kira ok lagi..aku masih boley handle perangai budak2
alhamdulillah jugak sebab selama aku mengajar ni ada pelajar khatam Quran ngan aku
wah rasa bangga sangat...

minggu ke3 ni aku dah mula rasa sakit jiwa ngn budak2 ni
makin aku larang makin la menjadi2 perangainya
setakat aku boley sabar tu aku sabar je
hari ni kira sabar tahap maksimum dah
habis suara dah nk menjerit
laki pompuan sama je..xdengar kata
geram je aku nk rotan...hmmm :-( tapi apa boley buat aku sabar je lah



esok hari kamis rasa xsabar dah nak balik umah
minggu leps xbalik umah pom sebab g berkelah kat pantai telong
2 minggu ah xblik umah..rindu ase..hehhe

esok jugak kira hari paling bermakna dalam 3 minggu ni
hahah esok da dapat gaji...yihaaaa
xsabar rasa nk g enjoyyy
lagi bermakna dapat duit hasil usaha sendiri
sebelum ni harapkan duit orang bagi je

stakat ni aku masih lagi mengintai2 peluang keja yang lain
xkan la aku nak keja sini selama2nya
nk jugak cari pendapatan lebih sikit
harap pas ni dapat la job OK sikit
nukilan,
yamas habib

Sunday, June 26, 2011

Kisah Pak Pandir


salam

khas buat teman2
saje2 aku nk konsgsi citer pak pandir dalam enti kali ni
rasa nak suka sorang baca cita ni
sama2 kita bergelak ketawa..hehe


kisah 1

Nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, ada seorang lelaki bernama Pak Pandir yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung. Nak dijadikan kisah lagi, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah Pak Pandir ke kedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya terlalu banyak nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katil bagi melindungi dirinya dari nyamuk.


Pada malam itu, datanglah polis si jiran tersebut ke rumah Pak Pandir untuk berborak-borak. Dicari-carinya Pak Pandir tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah Pak Pandir dari bawah katil. Terkejut si polis kerana Pak Pandir tidur kat bawah katil sedangkan di katilnya ada kelambu. Bertanyalah si polis,

Polis: Awatnya tidoq bawah katil?
Pak Pandir: Saja....nak tipu nyamuk



kisah 2

Suatu hari pak Pandir pergi ke zoo bersama anak kecilnya dengan membawa kereta sorong. Sedang mereka asyik melihat binatang di situ, Pak Pandir terasa hendak buang air besar.

Oleh kerana tiada sesiapa bersama mereka, Pak Pandir terpaksa meninggalkan anak kecilnya di dalam kereta sorong itu bagi melepaskan hajatnya yang sudah tak dapat ditahan-tahannya lagi.

Setelah selesai menunaikan hajatnya, Pak Pandir kembali kepada anaknya di dalam kereta sorong itu.

"Hmmm...baik budak ni. Tak buat ragam pun." Pak Pandir pun terus menyambung lawatan mereka dengan konfidennya di zoo itu. Setelah itu mereka pun pulang ke rumah.

Sampai di rumah, dia terus mendapatkan Mak Andeh. "Baik betul anak kita ni, langsung tak menyusahkan saya", Pak Pandir memberitahu Mak Andeh dengan gembira. "Awak pergilah bawak dia mandi, mungkin dia nak berehat agaknya".

Mak Andeh pun menurut kata Pak Pandir itu. Sedang Pak Pandir berehat-rehat di ruang tamu, kedengaran Mak Andeh memanggil dari bilik air. "Bang, kenapa anak kita ni penuh bulu satu badan?"

Jawab Pak Pandir, "Ooohhh....itu tak hairan. Tadi di zoo lagi dahsyat. Saya lihat seekor gorila betina mendukung anaknya yang langsung tiada bulu. Rupa anaknya pula tak ubah seperti muka anak kita!"

kisah 3

Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.
"Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya "Kenapa Bang?"
Mak Andeh pun menjawab "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda "DILARANG MEMOTONG".



kisah 4

Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu tersayangnya. "Cu... Atok teringin sangat nak merasa naik kapalterbang". "Baiklah.. Tok. Satu hari nanti kita naik kapalterbang bersama", kata cucu Pak Pandir. Maka pada suatu hari, cucu kesayangan Pak Pandir tadi pergi booking tiket. Hari yang ditunggu pun tiba.

Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki kapalterbang untuk ke negara jiran... yang terhampir iaitu Singapore. Sewaktu di dalam kapalterbang, air-cond tidak berfungsi dengan betulnya dan keadaan menjadi panas.

Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan pada cucunya. Selepas 40 minit berada di dalam kapalterbang, maka mendaratlah kapalterbang tersebut di Changi. Pak Pandir dan cucunya pun turunlah. Dalam hati Pak Pandir berkata "Patutlah panas dalam kapalterbang tadi, rupanya kipas di luar...".


kisah 5

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

harap teman2 terhibur dengan cerita pak pandir ni
cerita ni xde kaitan antara yang idup atau yang dah meninggal dunia
selamat membaca..hehehe

Family Day MPKB-BRI

salam semua

semalam aku join family day MPKB-BRI kat pantai telong kandis kat bachok
sapo hak xajim g lagi pantai tu buleh la tera g
ombak xkuat sangat kalu nk bawak budak2 g mandi pantai buleh la
ada banyak pondok2 kecik..
kalu nk g kekloh rama2 pom sedak jugak
pantai yang sangat mendamaikan..huhuhu


aku leh join family day tu sebab abang ipar aku keja MPKB
alang2 dia ajak aku on je..hehehe
aku betolak dari umah ko 7.30pagi lagi untuk sesi pendaftaran
g sana banyak gak la acara sukaneka hak lucu2 belako
pakcik macik adik2 suma sporting...hehe

kebetulan sukaneka tu ada untuk acara remaja permpuan belum kawen..haha
aku masuk acara mengail botol..
mula2 tengok orang main napok payah jugak
tapi kalo guna tektik hak betul xpayah mana pun
macam xcaya aku boleh no 3...yihaaa dapat hamper..huhuhu
banyak2 main sukaneka sebelum ni jarang benar aku boley menang
excited gler dapat hamper semalam

anak sedara aku lak main rebut kerusi kanak2 permpuan
xseko jugak boley no2..ada la jugak rezeki boley hamper
cayalah....

acara bagi hadiah ko 5 petang..
ape pun memang best giler la..
kol5.30 terus balik machang sebab semalam kena mengajar
letih tapi happy


Friday, June 24, 2011

Tarbiah Jiwa



حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ قَالَ إِذَا تَلَقَّانِي عَبْدِي بِشِبْرٍ تَلَقَّيْتُهُ بِذِرَاعٍ وَإِذَا تَلَقَّانِي بِذِرَاعٍ تَلَقَّيْتُهُ بِبَاعٍ وَإِذَا تَلَقَّانِي بِبَاعٍ أَتَيْتُهُ بِأَسْرَعَ

49.2/4833. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Rafi' telah menceritakan kepada kami 'Abdurrazzaq telah menceritakan kepada kami Ma'mar dari Hammam bin Munabbih dia berkata; ini adalah yang Abu Hurairah telah menceritakan kepada kami dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Sesungguhnya Allah 'azza wajalla berfirman: 'Jika hamba-Ku mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku akan mendekat padanya satu hasta, dan jika dia mendekat kepada-Ku satu hasta, maka Aku akan mendekat padanya satu depa, jika dia mendekat kepada-Ku dengan satu depa maka Aku akan mendekat kepadanya lebih cepat lagi.'

حَدَّثَنَا أُمَيَّةُ بْنُ بِسْطَامَ الْعَيْشِيُّ حَدَّثَنَا يَزِيدُ يَعْنِي ابْنَ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا رَوْحُ بْنُ الْقَاسِمِ عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسِيرُ فِي طَرِيقِ مَكَّةَ فَمَرَّ عَلَى جَبَلٍ يُقَالُ لَهُ جُمْدَانُ فَقَالَ سِيرُوا هَذَا جُمْدَانُ سَبَقَ الْمُفَرِّدُونَ قَالُوا وَمَا الْمُفَرِّدُونَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الذَّاكِرُونَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتُ

49.3/4834. Telah menceritakan kepada kami Umayyah bin Bistham Al 'Aisyi telah menceritakan kepada kami Yazid bin Zurai' telah menceritakan kepada kami Rauh bin Al Qasim dari Al 'Ala dari bapaknya dari Abu Hurairah dia berkata; "Pada suatu ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pergi ke Makkah melewati sebuah gunung yang bernama Jumdan. Kemudian beIiau bersabda: 'Ayo jalanlah! Inilah Jumdan. Telah menang para mufarridun.' Para sahabat bertanya; 'Ya Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan mufarridun? ' Beliau menjawab: 'Yaitu orang-orang (laki-laki/perempuan) yang banyak berdzikir kepada Allah.'

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ ابْنِ سِيرِينَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَعَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ لِلَّهِ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ اسْمًا مِائَةً إِلَّا وَاحِدًا مَنْ أَحْصَاهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ وَزَادَ هَمَّامٌ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّهُ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ

49.5/4836. Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Rafi' telah menceritakan kepada kami 'Abdurrazzaq telah menceritakan kepada kami Ma'mar dari Ayyub dari Ibnu Sirin dari Abu Hurairah dan dari Hammam bin Munabbih dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: Allah 'azza wajalla mempunyai sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu, barangsiapa menjaganya maka ia akan masuk surga. Hammam menambahkan; dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam; 'Sesungguhnya Allah itu ganjil dan menyukai yang ganjil.'

حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ مُوسَى الْأَنْصَارِيُّ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ حَدَّثَنَا الْحَارِثُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي ذُبَابٍ عَنْ عَطَاءِ بْنِ مِينَاءَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَقُولَنَّ أَحَدُكُمْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي إِنْ شِئْتَ اللَّهُمَّ ارْحَمْنِي إِنْ شِئْتَ لِيَعْزِمْ فِي الدُّعَاءِ فَإِنَّ اللَّهَ صَانِعٌ مَا شَاءَ لَا مُكْرِهَ لَهُ

49.8/4839. Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Musa Al Anshari telah menceritakan kepada kami Anas bin 'Iyadh telah menceritakan kepada kami Al Harits bin 'Abdurrahman bin Abu Dzubab dari 'Atha bin Mina dari Abu Hurairah dia berkata; "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: 'Janganlah sekali-kali seseorang dari kalian mengatakan; 'Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau mau! Ya Allah, kasihanilah aku jika Engkau mau! ' Berdoalah kamu dengan sungguh-sungguh, karena Allah akan berbuat menurut kehendak-Nya tanpa ada yang dapat memaksa-Nya.'"

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَتَمَنَّى أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ وَلَا يَدْعُ بِهِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُ إِنَّهُ إِذَا مَاتَ أَحَدُكُمْ انْقَطَعَ عَمَلُهُ وَإِنَّهُ لَا يَزِيدُ الْمُؤْمِنَ عُمْرُهُ إِلَّا خَيْرًا

49.12/4843. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Rafi' telah menceritakan kepada kami 'Abdurrazzaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Hammam bin Munabbih dia berkata; ini adalah yang telah diceritakan oleh Abu Hurairah kepada kami dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, -lalu dia menyebutkan beberapa Hadits di antaranya; - "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: 'Janganlah seseorang mengharapkan kematian dan janganlah meminta mati sebelum datang waktunya. Karena orang yang mati itu amalnya akan terputus, sedangkan umur seorang mukmin tidak akan bertambah melainkan menambah kebaikan.'"

Kebaikan Yang Semakin Di Lupa


salam....

apa kabar teman2 semua??
harap nya semua sihat2 saje.

saat2 aku sendirian, aku memikirkan kebaikan yang seseorang pernah berikan kepada aku suatu ketika dulu tetapi semakin hari semakin aku lupa dengan kebaikan itu
xtahu kenapa semakin hari semakin benci..
benci dengan segala perangai yang sangat menyakitkan hati

apa yang aku boley rumuskan kat sini kita jangan pernah mengharapkan balasan di atas kebaikan yang kita pernah berikan kepada sesiapa pun
kerana suatu hari kita akan merasa menyesal dan sakit hati bila kebaikan yang diberikan itu xpernah dihargai....

lakukanlah kebaikan itu dengan seikhlas hati...jangan pernah mengharapakan apa2 balasan.
biarlah Allah yang membalas segala kebaikan itu.
EnsyaAllah...

aku sedar aku bukan insan yang sempurna..
punya hati, perasan, marah, sedih, suka, dan sebagainya
aku juga pernah melakukan kesilapan
kenapa xpernah ada yang mengerti tentang perasaan itu...


bila aku dah pergi sejauh ini...mungkin sudah sukar untuk diundur semula
aku hanya mengharapkan biarlah masa dan ketika yang menetukan segalanya
aku dah xtahu ape yang patut aku lakukan sekarang

renungan bersama:
BUAT BAIK BERPADA PADA BUAT JAHAT JANGAN SEKALI

Wednesday, June 22, 2011

Syukur Dengan Apa yang Ada



Bismillah dan salam

lumrah hidup....
tidak pernah cukup dengan apa yang telah dinikmati
biarlah sedikit asalkan apa yang dikecapai itu mendapat keberkatan daripada Allah
berbanding dengan banyak yang tidak mempunyai apa2 makna

masa form 5 dulu ada jugak aku belajar ekonomi asas
teorinya ialah kehendak manusia xterbatas berbanding dengan pendapatan individu yang terhad...
sampai hari ni aku boley ingat...
teori itu sangat memberi kesan kepada aku....
ape x nya...kalo dah ada ni..nak tu lak...xpenah nk cukup2

sama lah jugak kalo pendapatan sikit pandai la nk ejas duit tu bagi cukup
jangan la pulak pendapat xseberapa tapi belanja sampai xingat dunia..

aku redha dan pasrah dengan apa yang telah aku kecapi selama ini
walaupun sampai hari ni aku masih lagi belum mencapai impian yang dihajati selama ini
insyaAllah suatu hari nanti Allah pasti mengabulkan Doa Aku...
sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang sabar

seperti dalam entri aku yang sebelum ni...ada menceritakan hal mengumpat..
kenapalah manusia ni asyik nak cari salah orang je
coba lah tengok diri kita sendiri
semua manusia tu xsempurna...pasti ada melakukan kesilapan
janganlah pulak nk membesar2kan masalh tu

aku pantang la kalo dikelilingi oleh orang yang asyik nak cari salah orang je
nak tegur pom rasa macam xkena jugak...
last2 aku dok diam je...
mukin itu adalah penyelesaian terbaik..

coretan:
yamas habib

Monday, June 20, 2011

Cikgu yang Sporting



salam

Cikgu..Guru..Ustaz..ustazah..Mudir..ape saje lah yang berkaitan dengan pendidik..bukan suatu tugas yang senang untuk dipikul
tugas guru itu bukan sahaja mendidik ke arah pencapaian akdemik semata2 malahan juga dalam membentuk sahsiah atau keperibadian pelajar.

jika dilihat hari ini tugas terlelu berat, terpaksa menghadapi pelbagai kerenah pelajar yang bermacam2...
aku yang mengajar sambilan ni pun xterlayan dengan perangai budak2.
cikgu yang baik dimata pelajar ialah cikgu yang paling sporting dalam kelas
spoting bukan bermaksud membiarkan pelajar naik kepala
tapi menegur pelajar dengan cara yang baik...
berlembut dan bertegas hendaklah kena pada tempatnya.
guru yang selalu skema di dalam kels boleh mengundang tidak puas hati pelajar.
menegur pelajar yang nakal di dalam kelas perlu menggunakan cara yang betul.
kalo x lagi degil lah budak tu

semalam aku hanya membiarkan budak2 main dalam kelas
aku hanya melihat...sejauh mana mereka nak bermain.
akhirnya ada yang menangis sebab bergaduh
aku mula naik berang... tapi kesabran masih lagi ditahap maksima
aku menegur dengan cara yang baik...akhirnya kelas menjadi senyap sunyi macam xdak orang...
bila aku siasat sape budak yang bergaduh tu.....rupanya dia antara budak yang paling degil dalam kelas tu....
kat umah mak bapak dia selalu pukul sehinggakan pukulan itu sudah menjadi sebati dengan dirinya.
patut la bila aku ajar budak tu mengaji payah benar nk lekat dalam kepala.
kelas yang seterusnya pandailah aku nak ajar budak tu....
latar belakang pelajar yang berbeza2, melahirkan suasana pembelajaran yang berbeza.
apabila menggunakan kekerasan sudah tidak menjadi hendaklah menggunakan cara yang lemah lembut dan berhikmah

tugas guru adalah tugas yang mulia.
manfaatkanlah tanggungjawab yang telah diberikan itu dengan sebaik-baiknya.


Sunday, June 19, 2011

Hujung Minggu

salam...

hujung minggu ari tu balik kampung...abang aku mai amik ngn keta..
tu pun sebab aku suh bawa kipas. malam2 xleh nak tido panas sangat
kipas ada 1 je kongsi 4 orang memg xrasa la
semenjak aku dah ada kipas ni..tido pun semakin lena...hehhe
xpayah nak kipas2 dah.

balik hujung mgu ari tu macam biasa aku g cuci mata kat mundok
kebetulan kawan aku sorang ni xajim g mundok lagi..jadi aku jadi pemandu pelancong..haha
rasa xpuas balik umah dua hari..rasa macam meta ja.

aku mai machang smula hari sabtu petang...
lama bena rasa xnaik bas.
aku kena naik dua kali bas sebab xdok bas hak terus ke machang
jadi aku nik dari p.mas ke t.merah dulu. pah tu dari t.merah ke machang.
sampai machang aku terus tdow..rasa sakit pala gler..
dah la orang atas bas tu ramai gler...kena berdiri lak tuh..perit rasa macam xse balik dah mgu ni
balik umah memang sedak alah mari tu sero xcekat nak mari..

hujung mgu depan akak aku ajak g picnix kat pantai bachok..ada sambutan hari keluarga anjuran MPKB...abang ipa aku keja MPKB jadi dia ajak la Famli aku g.
sekali pkir memang nak g tapi pikir dua kali rasa xse g lak
sebb jauh sangat la...mesti alah balik letih, malam tu aku kena mengajar lak.
mungkin aku kena batalkan niat kot...xjadi g.

SEMOGA ENJOY DIHUJUNG MINGGU..


Wednesday, June 15, 2011

Layan Cita NORA ELENA


salam buat teman

rasa lama bena dah xlayan cita nayu dalam tv
kalo gak jare hok sedak tengok citer lerni
hak banyak gak cito hatu...hak aku paling beci kali
bukan takot hantu...cuma takot nginga tengah malam...hahahha
sebelum ni mana leh tengok tv sebab duk kampus
lagi pun xdak masa nak layan tv nih xhabis pah sokmo

memandangkan bercuti kat umah hari tu xde keja nak buat
aku tanya akak aku cito gapo hak sedak loni...dia kabo tera la tengok cito nora elena kol7 malam
mula2 tu pkir panjang gop nak tengak cita tu sebab waktu maghrib
umah aku jarang tengok tv time maghrib2 ni...banyak setan
tapi aku tetap tengok jugak...
kewajipan solat tetap xterabai...on time punya..hehe

sekarang ni lak aku mengajar kat machang
shif mengajar lak kol 7.45 malam...masalah tol la
punya la minat nak tengok jugak cita tu aku masuk kelas lambat sikit tunggu smapai habis cita dulu...hahaha
bukan curi tulang...heheh. :-) budak2 pun bukan datang on time pun. kol8 lebih baru datang.

ape yang aku suka sal cita ni pun xtahu la
hero smart kot....tapi awek tu seksi sangat la..hehe

hero ngan heroin tu penting gak
tapi lagi penting jalan cita nya tu..msti best
cita ni adaptasi novel kasih yang suci...


sape2 yang xtengok cita ni memg rugi la...best giler
esok episod last dah....xsaba ase nak tengok esok..huhu

~selamat menonton~

Tuesday, June 14, 2011

Antara Lelaki dan Perempuan

selawat dan salam

pelik je bunyinya tajuk entri aku hari ni..hehe
hanya sekadar perkongsian bersama teman...


lelaki diciptakan mempunyai sembilan akal dan satu nafsu, manakala permpuan pula satu akal dan sembilan nafsu. itu adalah sifat semulajadi yang telah diciptakan oleh Allah taala sejak azali lagi. tapi kenapa perempuan lagi ramai yang berjaya berbanding lelaki???

secara jelas boleh dilihat kalo kat kampus hanya segelintir sahaja terdapat pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan...
sepatutnya lelaki perlu lebih bijak mengambil peluang berbanding perempuan kerana
lumrahnya lelaki adalah pembimbing bagi perempuan, tapi hari ni telah terjadi sebaliknya.
mungkin kerana faktor pendidikan memyebabkan ramai lelaki yang sering merasakan dirinya rendah diri. .

pada hakikatnya lelaki tidak patut bersikap sedemikian...jangan pernah mudah mengalah dengan perempuan...(bukan bermaksud nak bela lelaki...tapi hakikatnya memag begitu)
walau sehebat mana pun perempuan, ia tetap memerlukan lelaki dalam hidupnya.
perempuan2 yang merasakan dirinya hebat sedarlah jangan sering memandang rendah kepada lelaki.

dalam dunia hari ini terlalu ramai lelaki yang sering tunduk dengan kehendak perempuan. manakala perempuan pula sering mengambil peluang di atas kelemahan lelaki...
contoh dalam konteks rumah tangga terdapat ramai lelaki dayus yang takot bini...ini adalah salah satu tanda dunia akhir zaman.

apabila dunia sudah berada dipenghujungnya bilangan lelaki lebih sedikit berbanding perempuan...
Ayuh dimana kaum adam untuk bangkit menandingi kaum hawa.

Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. apabila lelaki marah atau merajuk hanya seketika sahaja. sangat berbeza dengan Marah atau merajuk perempuan kadang2 mengambil masa berhari hari dan berminggu-minggu.

entri ini xde kena mengena antara yang idup atau yang dah meninggal dunia
~Peace~

perkongsian:
yamas habib

Sunday, June 12, 2011

kembali ke ZUNNUR


selawat dan salam

setelah aku menganggur lebih kurang sebulan lebih kini aku dapat tawaran mengajar di Qiraati Zunnur machang.

sebelum aku masuk univesty dulu aku dah mengajar di sini 3bulan..sambil2 tunggu keputusan STPM.
selepas 3 tahun aku sambung belajar kini aku kembali semula mengajar di ZUNNUR. tu pun atas tawaran kawan aku yang mengajar di sini...terima kasih kerana masih memberi aku peluang.
walaupun 3tahun aku tinggalkan tempat ini xbanyak pun yang berubah masih lagi seperti dulu..

daripada aku mengangur kat umah baik jugak aku keja..sekurang2nya x la boring sangat
ada jugak keja yang berfaedah aku boley buat...soal gaji tu lain kira lah..walaupun xseberapa tapi cukup la buat aku belanja makan, topup..xpayah dah aku nk mintak duit ngn mak ngan akak aku...sikit pun dah cukup bermakna...

bila dah habis belajar ni kena la pulak idup berdikari
pas ni kalo ada rezeki mukin aku akan teruskan minat tuk jadi cikgu...
sebelum jadi cikgu betul tu, aku carik la pengalaman dulu..
bak kata orang pengalaman tu xkan boley di beli....kena cari sendiri

kelas pertama aku semalam xramai sangat yang datang sebab suma nak tgk bola piala FA
tapi xpe la....kelas berjalan seperti biasa.
petang ni lak xramai mana jugak yang datang sbb masih lagi bercuti piala FA

aku cuba jadi cikgu yang penuh berdisplin

...EnsyaAllah..