WELCOME to my blog...:-)

This blog is merely expressions of faith alone ...thanks, to all my friends continue to support this blog...

Tuesday, February 21, 2012

BUKAN MUDAH MENJADI GURU

Assalamualaikum..

Ucapan salam buat sahabat seperjuangan sekalian…

Mudah-mudahan kalian semua dikurniakan rahmat daripada ilahi

Alhamdulillah syukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita sehingga kita boleh lagi bernafas dengan baik hari ini. Segala nikmat yang dikurnia oleh-Nya tidak terhitung banyaknya sehingga kita lupa dengan kesenangan kita hanyalah pinjaman sahaja…ASTARFIRULLAHALAZIM

Apa yang aku ingin kongsikan disini hanyalah luahan insan yang baru sahaja berjinak-jinak untuk bergelar sebagai seorang guru…

Awal cerita bermula ketika pertama kali ingin memohon untuk jadi cikgu… selaras dengan perkembangan IT semua jenis permohonan menggunakan online. Ape yang perlu dibuat ialah beli no pin di BSN dan login untuk memohon..makesure permohonan selamat dihantar yer…

Second step membuat semakan untuk menduduki ujian bertulis atau pun lebih glamor dipanggil m-test..

Alhamdulillah Berjaya…

third step pergi menduduki mtest. Kena jawap 300 soalan dan dibahagikan kpd 5 bahagian.. masa yang diberikan sikit je. Xsempat nk berkhayal pun..huhu. lebih kurang sebulan kemudian semakan untuk interview pulak…

Alhamdulillah Berjaya.

Seterusnya membuat ulangkaji dan persediaan untuk interview…bukan keja yang senag suma isu kena tahu and very important about current issue and ilmu tajweed…study sampai cair..macam nk exam final…huhu.. semasa proses interview semuanya berjalan dengan lancer. Hanya takdir yang menentukan.

Sebulan lebih selepas itu semakan calon yang Berjaya ke IPG…very2 debor tuhan ja yang tahu…

Alhamdulillah Berjaya…

kiranya berakhirlah segala tanda Tanya??? Mungkin kali ini nasib menyebelahi aku kerana Aku ditempatkan di IPG di semenanjung. Manakala ada segelintir sahabat lain yang ditempatkan di sabah dan Sarawak. Pasti ada hikmah disebaliknya kerana hanya tuhan ja yang tahu ape yang terbaik untuk kita. Lihatlah berapa banyak step yang perlu kita lalui untuk jadi cikgu.

Tetapi segalanya bukanlah terhenti di situ dan bukanlah semudah yang disangkakan.

Hari pertama menjejakkan kaki di IPG seumpama telah bermulalah lembaran hidup yang baru… tiada lagi hidup sebagai pengangur… first impression ku sangkakan jadi guru itu gampang je tapi rupanya tidak

Setelah menjalani minggu orientasi selama seminggu dan diikuti minggu pengurusan pelajar pada minggu yang berikutnya aku merasakan tugas seorang pendidik itu suatu tanggungjawap yang sangat berat… taklimat demi taklimat daripada pihak IPG aku mula mendapat gambaran awal ape yang aku perlu lakukan di sekolah kelak… banyak jugak keja kena buat..hehehe

Dua minggu telah berlalu kini tibalah detik yang ditunggu iaitu pengumuman penempatan sekolah untuk latihan nanti… saat itu aku merasakan debaran yang teramat, kerana takut ditempatkan di sekolah sabah dan Sarawak…hanya doa yang mampu aku pohonkan kepada Allah agar aku ditempatkan di negeri Kelantan. Memandangkan aku masih lagi bujang peratusan untuk aku ditempatkan di sabah dan Sarawak ialah 99%. Aku hanya mengharapkan 1% itu untuk mengubah segalanya…Alhamdulillah syukur kerana saat nama aku dibacakan aku ditempatkan di JPN Kelantan. Tiada lagi ucapan yang mampu aku tuturkan selain daripada mengucap syukur kepada Allah. Mungkin ini adalah rezeki aku dan berkat doa ibuku… ramai juga kawan2 aku yang lain terpaksa berhijrah ke sabah dan Sarawak demi untuk mencurah ilmu kepada anak bangsa. Semoga Allah membalas segala pengorbanan kalian…ingatlah Allah tidak akan sesekali membebani hambaNya melainkan hambaNya itu mampu untuk melakukannya…segala ketentuan dan takdir yang telah ditentukan oleh Allah kepada kita adalah yang terbaik buat kita semua..

Aku petik nasihat daripada ustaz kepada sahabat yang ditempatkan di sabah dan Sarawak:

kalau kita sdg ssh, di hadapan kita adalah kesenangan.. dan begitulh sebaliknya.. klau kita dlm senang, di hdapn kita adalh kesusashn.. semuanya ujian (al-mulk:2) dn knp Allah uji kita, jwpnnya surah al-ankabut:2.. bahya apa yg dihadapi ustz dan ustazh.. semoga ada sinar di dlm sirna.. jagalah diri dgn momohn perlindungan Allah.. Dia Berkuasa lagi Mengetahui…

(very touching)

*******************

Minggu yang berikutnya, tibalah masa untuk taklimat penempatan sekolah dan majlis penyerahan memo di JPN Kelantan. Kebanyakan pelatih guru yang Berjaya ditempatkan di negeri Kelantan adalah pelatih yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Itu adalah kelebihan yang diberikan kepada mereka yang telah berkeluarga. Lebih kurang 90% sudah berkahwin dan hanya 10% sahaja yang masih bujang. Hanya 4 daerah sahaja yang dibuka untuk penempatan iaitu daerah gua musang, jeli, kuala krai dan tanah merah. Sekali lagi mungkin nasib menyebelahi aku kerana ditempatkan di daerah kuala krai..syukur Alhamdulillah

Keesokan harinya aku mula melapor diri disekolah. Ada 3orang pelatih baru yang ditempatkan di sekolah aku. Seorang major bahasa arab dan 2 orang major pendidikan islam. Jumlah keseluruhan cikgu j-QAF disekolah ini ialah 10 orang termasuk seorang pelatih yang sedang menjalani praktikum. Aku dapat duduk di kuates guru bersama pelatih jqaf yang sedang prakikum….dia pom spoting rasanya boley geng la kot….ensyaAllah. nk g sekolah pun senang la sebab sebelah pagar je.

So…rutin harian pun mulalah berubah secara mendadak..huh……..tiada lagi tido selepas subuh, kerana aku harus bersiap awal untuk pergi ke sekolah. Dalam latihan aku perlu mempamerkan prestasi yang baik dimata guru besar dan guru-guru lain. Aku xmahu awal2 lagi membuat onar. Aku cuba buat yang terbaik selagi aku mampu… guru adalah role model bagi pelajar di sekolah, jadi aku juga kena jaga penampilan supaya sentiasa Nampak kemas. Sehingga hari ini sambutan guru2 terhadap kami bertiga masih lagi memuaskan..aku harap keadaan ini berterusan sampai bila2.

Bersambung….