JELINGAN AYAH
seorang Ayah suka memberi amaran anaknya dengan menjeling garang jika anaknya
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau anaknya
mengambil gula-gula, dia akan menjeling pada anaknya bermakna dia suruh letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari, si anak mengikut ayahnya ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang
rukuk, si anak melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
anaknya yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
lalu si Ayah yang sedang solat terus memberi jelingan kepada anaknya. si anak pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. si Ayah yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret anaknya balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung si anak dirotannya. adusss sakitnyaaaa...
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.
hanya jenaka sahaja tiada kaitan antara yang hidup atau yang dah meninggal...
nukilan,
yamas habib
No comments:
Post a Comment