WELCOME to my blog...:-)

This blog is merely expressions of faith alone ...thanks, to all my friends continue to support this blog...

Friday, November 13, 2009

KAMAR-KAMAR DI SYURGA - bagi pemberi salam

Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa di dalam syurga itu terbahagi dalamnya kamar-kamar. Dindingnya tembus pandang dengan hiasan di dalamnya yang sangat menyenangkan.

Di dalamnya pula terdapat pemandangan yang tidak pernah dilihat di dunia dan
terdapat satu hiburan yang tidak pernah dirasakan manusia di dunia.

"Untuk siapa kamar-kamar itu wahai Rasulullah S.A.W?" tanya para sahabat.
"Untuk orang yang mengucapkan dan menyemarakkan salam, untuk mereka yang
memberikan makan kepada yang memerlukan, dan untuk mereka yang membiasakan
puasa, dan solat di waktu malam saat manusia lelap dalam mimpinya."

"Siapa yang bertemu temannya lalu memberi salam, dengan begitu ia bererti telah
menyemarakkan salam. Mereka yang memberi makan kepada ahli dan keluarganya
sampai berkecukupan, dengan begitu bererti termasuk orang-orang yang membiasakan
berpuasa. Mereka yang solat Isyak dan Subuh secara berjemaah, dengan begitu ia
bererti termasuk orang yang solat malam di saat orang-orang sedang tidur
lelap."

Begitu Nabi SAW menjelaskan sabdanya kepada sahabatnya.

Saturday, November 7, 2009

Kenali diri anda

kelebihan,kelemahan dan bertindak cemerlang.
Diri anda mampu melakukan “wonders” lebih daripada apa yg anda mampu sangka.
Apa yg minda anda mampu bayangkan ,anda mampu memilikinya.apa yg anda perlu adalah anda menembusi tembok yg sentiasa menjadi penghalang kejayaan anda.


Tiada manusia yg berjaya dalam semua yg dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yg penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat

Renungan Bersama

Orang yang menyedari bahawa pilihan Allah yang terbaik bagi hambaNya akan merasakan bahawa musibah dan kesulitan apapun terasa ringan dan mudah…..

Dia akan sentiasa menantikan kebaikan Allah yang serupa dan tidak pernah bersedih dengan apapun yang terjadi…
Semua itu disebabkan oleh keyakinannya terhadap kebaikan kemurahan dan pilihan Allah…

Pada saat itulah kesedihan, kegundahan dan kesempitan hati akan lenyap dan dia menyerahkan semua perkaranya kepada Allah Yang Maha Esa, tiada istilah tidak menerima, menentang @ murung sebaliknya ia bersyukur dan sabar.

Friday, November 6, 2009

Mutiara Kata

Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia
Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna…
Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari ( Saidina Ali)
Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.
Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..
Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Alhabib Islamic Web Service

Alhabib Islamic Web Service