WELCOME to my blog...:-)

This blog is merely expressions of faith alone ...thanks, to all my friends continue to support this blog...

Wednesday, May 18, 2011

PERMAINAN KOMPUTER MENDATANGKAN KEBURUKAN ATAU KEBAIKAN



Pada zaman yang semakin berkembang maju ini, banyak teknologi yang canggih baru di perkenalkan. Kecanggihan teknologi pada masa kini banyak memberi kebaikan dan keburukan terutamanya kepada para pelajar. Antara kebaikan teknologi kepada pelajar ialah ia boleh membantu pelajar mencari pelbagai bahan rujukan di dalam internet. Segala maklumat yang di perlukan akan di perolehi dengan mudah. Pelajar juga boleh mendapatkan kemudahan ini dimana-mana sahaja. Komputer membantu manusia kearah kemajuan dalam kehidupan. Dengan adanya komputer boleh membantu para pelajar melakukan kerja dengan cepat dan serta boleh menjimatkan masa.

Di samping kebaikan komputer, terdapat juga keburukannya. Terdapat pelajar yang menggunakan kemudahan ini untuk tujuan keseronokan semata-mata. Remaja pada masa kini sering ponteng sekolah dan lebih suka melepak di pusat komputer. Mereka banyak menghabiskan masa di pusat komputer semata-mata untuk bermain video komputer. Keadaan ini boleh menyebabkan remaja lebih mudah terdedah kepada gejala yang negatif.

Permainan komputer sangat digemari oleh remaja masa kini berbanding dengan permainan tradisional. Pada zaman moden ini permainan tradisional semakin dilupakan oleh para remaja. Berlandaskan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, menggalakkan para pengusaha menyediakan pelbagai program yang menarik serta mencabar. Keadaan ini sangat menarik minat remaja untuk mencuba permainan baru ini. Pengusaha pusat komputer pula akan mendapat banyak keuntungan.

Remaja sanggup menghabiskan masa berjam-jam semata-mata untuk bermain komputer. Keasyikan dan keseronokan ketika berada di pusat tersebut menyebabkan mereka lalai dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. Kelalain mereka bermain komputer menyebabkan pelajaran mereka akan terganggu. Prestasi pelajaran juga akan terjejas. Mereka akan lebih banyak terdedah kepada anasir-anasir negatif yang boleh merosakkan minda mereka. Terdapat sesetengah remaja yang cuba untuk melakukan aksi-aksi bahaya sebagaimana yang mereka lihat didalam komputer. Ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh video komputer terhadap minda remaja.

Permainan video komputer merupakan suatu permainan yang membazir. Para pelajar yang terlibat dalam aktiviti permainan ini perlu menyediakan wang secukupnya bagi setiap jam permainan. Semakin lama mereka bermain semakin banyak wang yang di perlukan. Biasanya mereka akan menggunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa untuk tujuan yang tidak berfaedah ini. Sepatutnya para pelajar menggunakan wang tersebut untuk tujuan yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku rujukan dan sebagainya. Keadaan ini juga akan mendorong pelajar terdedah dengan gejala buli di sekolah dengan memeras ugut pelajar untuk mendapatkan duit.

Pelajar yang ketagih dengan permainan ini sanggup ponteng sekolah atau melepak di pusat-pusat video komputer. Ada pelajar yang sanggup membawa pakaian persalinan untuk memudahkan mereka memasuki pusat permainan video tersebut. Justeru, pengusaha pusat permainan tersebut tidak dapat mengenal pasti sama ada mereka merupakan pelajar sekolah atau sebaliknya. Mereka akan bebas untuk ke mana sahaja yang mereka suka. Perbuatan ini seolah-olah menipu ibubapa mereka.

Permainan video komputer juga boleh mempengaruhi minda pelajar ke arah unsur-unsur negatif seperti peperangan dan keganasan. Aksi-aksi seperti ni juga akan merosakkan pemikiran mereka serta meracuni fikiran para pelajar. Gejaga ini dikhuatiri meninggalkan kesan dalam pemikiran mereka serta mempengaruhi mereka untuk melakukan aksi tersebut di luar bilik darjah.

permainan komputer hanya membawa kesan buruk kepada golongan pelajar. Ibu bapa dan masyarakat perlu memberi perhatian terhadap isu ini. Kita tidak mahu generasi muda terus alpa dan menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah ini.

Internet pada asalnya tidak merosakkan remaja, malah manfaatnya cukup banyak dari segi penyebaran maklumat, ilmu hubungan dan lain-lain. Dengan syarat manusia yang mengendalikannya, termasuklah tukang cipta sains komputer ini dan para penggunanya adalah mereka yang memiliki kekebalan dan kekuatan iman, akidah, ilmu, taqwa, akhlak mulia, amal soleh, cinta kebaikan, benci keburukan dan manusiawi. Ibu bapa dan masyarakat seharusnya memberi perhatian terhadap isu ini dengan mengambil peranan masing-masing bagi menghalang perkembangan teknologi ini bertukar dari kebaikan kepada keburukan.

4 comments:

  1. this is awesome... though i dont exactly understand :P

    ReplyDelete
  2. awesome ! bleh m'bantu saya buat essay .

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas ilmu yg dikongsi..Doakan sya 10A pt3..

    ReplyDelete