WELCOME to my blog...:-)

This blog is merely expressions of faith alone ...thanks, to all my friends continue to support this blog...

Saturday, January 16, 2010

MAKHLUK DAABBAH KELUAR DARI PERUT BUMI

Salah satu daripada tanda-tanda besar menjelangnya hari kiamat ialah akan keluar sejenis makhluk yang diberi nama Daabbah. Binatang ini belum pernah dilihat oleh manusia Ia adalah makhluk yang akan memberi tanda kepada manusia dengan kekafiran ataupun Islam. Tentang kisah makhluk Daabbah ini Allah s.w.t ada menyebutknya di dalam al-Quran dalam surah al-Naml ayat 82:
Maksudnya:

82. Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa Sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami[1108].
[1108] Yang dimaksud dengan perkataan di sini ialah ketentuan datangnya masa kehancuran alam. Salah satu dari tanda-tanda kehancuran alam ialah keluarnya sejenis binatang melata yang disebut dalam ayat ini.
Daabbah bermaksud melata. iaitu binatang yang melata di bumi. Syaikh Ahmad Muhammad Syakir dalam tahqiq Musnad Imam Ahmad berkata, “Ayat Al-Qur’an secara jelas mengatakan dengan bahasa Arab bahawa ia adalah دابة ”, “ dan ertinya jelas dan dikenal dalam bahasa Arab, tidak diperlukan ta’wil.
Keluarnya binatang Daabbah ini memberikan peringatan kepada setiap manusia supaya bersedia dengan bekalan amal untuk akhirat. Persediaan setiap manusia di dalam berbuat amal adalah perkara yang paling penting sebagai hamba Allah s.w.t yang akan menuju ke alam akhirat. Kelembapan di dalam mengejar amal akan merugikan diri sendiri kerana selain maut, banyak perkara-perkara yang menyebabkan seseorang itu gagal dalam dunia seperti bertemu makhluk Daabbah, terbit matahari di arah barat dan sebagainya.
Perkara tersebut di jelaskan dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “ Bersegeralah kamu semua untuk beramal (sebelum datangnya enam perkara):

MASA DAN TEMPAT KELUARNYA DAABBAH ARDH

Terdapat banyak pendapat yang menerangkan tentang waktu akan keluarnya Daabah ke bumi. Di dalam riwayat Muslim terdapat sebuah hadith yang menerangkan bahawa makhluk Daabah itu akan keluar ke bumi pada waktu siang iaitu pada waktu Dhuha.
Dari Abdullah Bin Amr r.a, ia berkata: “Aku memelihara hadith dari Nabi SAW yang benar-benar aku tidak melupakannya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"ان اول الايات خروجا طلوع الشمس من مغربها، وخروج الدابة علي الناس ضحى وأيهما ما كانت قبل صاحبتها، فالأخري على اثرها قريباز"
Maksudnya:
“ Sesungguhnya tanda-tanda besar hari kiamat yang pertama ialah, keluarnya matahari dari Barat dan keluarnya Daabah di tengah manusia di waktu Dhuha. Jarak masa antara kedua peristiwa itu adalah hampir.”
Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dari Ibn Umar, Daabbatul Ardh akan keluar pada malam jumaat. Pendapat lain pula menyatakan bahawa Daabbah Ardh ini akan keluar di Kota Mekah dekat dengan Gunung Shafa.
Rasulullah pernah bersabda:
دهب بي رسول الله صلى الله عالية مسلم الى موضع ابالبادية قريب من مكة، فادا ارض يانسة حولها رمل، فقال رسول الله صلى الله عاليه وسلم : تجرج الدابة من هدا الموضع، فادا فتر فى شبر.
Maksudnya:
“ Pada suatu hari, saya pergi bersama Rasulullah ke suatu tempat di kawasan pedalaman yang hampir dengan kawasan Kota Mekah. Tiba-tiba di satu kawasan yang kering yang di kelilingi oeh pasir, Rasulullah berkata “binatang itu keluar di tempat ini. tempat yang di tunjukkan itu lebih daripada sejengkal.” (Hadis di rekodkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah).

4 comments:

  1. semoga menjadi peringatan bagi manusia untuk segera beriman kepada yg haq..

    ReplyDelete
  2. sungguh menginsafkan, saya nak mencari cerita ini lebih lanjut, insyallah...

    ReplyDelete
  3. adik saya yg berumur 17 tahun (SPM) tingkatan 5 ,, adik saye kate ustaznyer takpernah dengar cerita yg ini ,, sehingga saya beritahu dier pon dier rase keliru ,, mengape jadi begitu agaknye ..

    ReplyDelete
  4. Saya tak pernah dengar sebelum nie pasal kisah daabah , tapi selepas masuk ke ipt , ustaz suruh bt presentation pasal nie. Baru saya tahu pasal kisah daabah

    ReplyDelete