WELCOME to my blog...:-)

This blog is merely expressions of faith alone ...thanks, to all my friends continue to support this blog...

Saturday, May 28, 2011

PETUA IMAM SYAFIE


Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Thursday, May 26, 2011

Congratulation

salam buat teman2

hari ni adalah hari yang cukup bermakna bagi aku dan teman2
hari ni rizak sem akhir dah kuar
nampaknya semua berpuas hati dengan keputusan yang diterima
ye la hasil penat dan lelah selam ini telah membuahkan hasil yang memuaskan hati
begitu juga aku...walaupun rizak aku xsebaik sem lepas tapi aku tetap bersyukur kepadaMu ya RABB.... atas segala nikmat yang engkau berikan
seperti yang dijangka rizak aku menurun sedikit daripada sem lepas
Alhamdulillah aku masih tersenyum dengan keputusan itu
walaupun aku cuba bangkin dari kegagalan yang lalu
hanya itu saja yang mampu aku lakukan

aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat seperjuangan yang telah banyak membantu...especialy Shee Da, Wan Da, Deb, Kai, Tia, Enty and Cak
kalian semua telah banyak menbantu aku selama ni
segala jasa baik dan budi kalian xkan aku lupakan sampai bila2
kejayaan yang kita capai pada hari ini adalah kejayaan kita bersama

dalam kesempatan yang ada ingin aku rakamkan jutaan TAHNIAH kepada kalian semua
kalian semua memag terbaikkkk

bila rizak dah kuar dah tiba masa nak pikir pasal keja lak
ni la yang menjadi masalah sekarang
masing2 dah xsaba nak keja
maklumlah pakat nak manfaatkan segala ilmu yang dipelajari selama ini
dah tiba masanya untuk berbakti kepada agama bangasa dan negara

tidak dilupakan juga aku akan sentiasa mendoakan kalian semua...semoga cepat2 dapat keja

coretan:
As al-Habib

MisUndestanding



Assalamualikum...

salah faham.....mungkin teman2 juga pernah mengalami salah faham dalam idup
salah faham mukin juga berlaku secara sengaja atau xsengaja
kalu hak xsengaja tu xpe lah...kalo hak sengaja tu cubalah elakkan..

macam kita belaja jugak kan
kalo xpaham lansung xpe lagi.....tapi kalo dah salah faham ape yang cikgu ajar tu lagi bahaya
cikgu ajar lain kita lak faham lain..isk..isk..isk

salah faham juga menyebabkan aku buat silap
orang yang tidak bersalah xpasal2 jadi mangsa....nasib la...hehe
untuk mendapatkan kepercayaan orang memg payah...tapi nak mendapatkan kembali kepercayaan itu lagi payah...renung2kan
sekali aku dah xpercaya...tengok lah nanti ape aku nak buat...huhuh

su'u zann (sangka jahat) paling aku xsuka
tapi bila dalam keadaan tertentu ada jugak aku sangka jahat kat orang
kalo ada was-was cepat2 la perbetulkan...
semua orang buat silap
orang yang xbersalah harus dapat kemaafan yang setimpal

kalo orang dah pecaya kat kita jangan lah sia-siakan kepercayaan tu
tapi kalo orang dah baik tu jangan lak amik kesempatan
nati orang akan kesempatan lak kat kita

BUAT BAIK BERPADA-PADA BUAT JAHAT JANGAN SEKALI...ingat tu!!!!!!!!!!


Wednesday, May 25, 2011

Leteran Aku

salam buat teman2...


lama rasa xupdate blog ni
sekali lagi aku duk umah akk aku...hehhe
tapi mai kejap je..2 3 hari je duk sini

mgu ni stat cuti sek dah
kalo cuti sek aku la paling happy..hehehe
nanti aku ada la saim nk kongsi cerita..
terlalu banyak cerita yang ingin aku kongsi bersama...
aku akan setia menanti kepulangan mu..my belove sis

sepanjang mingu ni aku sibuk raik kertas peksa budak
abang aku punya pasal la..
tahu ajar je...aku lak jadi mangsa kena raik kertas peksa
dah la banyak giler..9 kelas suma
ada la dalam 200 orang lebih...pening jugak aku
macam2 ragam aku tgk budak2 tu jawab

kesimpulan aku boleh buat sepanjang raik kertas peksa tu
pelajar bijak ada sikit je....paling lemah pun ada sikit je
paling banyak adalah pertengahan
begitulah jugak hidup kita sentiasa berada di pertengahan..:-)

sekarang ni ada 3 kelas lagi xsiap raik..
aku da banyak korbankan masa nak siapkan keja tu...
harap dapat la upah yang setimpal....hahaha

dalam kesibukan raik kertas peksa tu
aku luangkan jugak masa untuk menjahit baju kurung
lama bena dah aku xjahit baju
entah jadi entah tidak..tapi aku cuba la..hehe

bila dok umah ..kadang2 tu teringat jugak pada teman2 masa belajar
aku harap mereka pun begitu juga..
i miss u a l0t....

Thursday, May 19, 2011

Kenangan Silam

salam

aku duk umah kak aku 4 hari dah
macam2 gelagat anak sedara aku
bangun awal pagi nak g sekolah
aku masih tido lagi...hahha
hari ni anak sedara aku siap kejutkan aku lagi..suh bangun solat subuh...haha
bagusnya buleh anak sedara gini..
aku pun terus bangun solat subuh..dan jadi pemerhati mereka bersiap ke sekolah

5orang anak sedara aku suma sekolah..
tapi hari ni yang ada sorang xse g sekolah
dia kata hari ni xbelaja pom...sebab ada majlis hari guru
kecik2 pandai ponteng koloh dah...

bila aku tengok budak2 g sekolah aku pom rasa nk g sekolah jugak
rasa supo sedak jah g koloh
tu la masa koloh dulu xse koloh..den besa gak nyesal la..

kalu lah masa boleh diputar ingin aku kembali ke zaman sekolah rendah
saat yang paling manis untuk dikenang...
masa sekolah dulu aku budak hak bolot kali...hahaha
dulu g sekolah nak basikal je sebab umah dekat ngan sekolah
budak loni dok naik sika doh..biasanya nik moto ataupun mak ayah antar.

aku masa sek men baru nik moto g sekolah sebab sek jauh ngn umah
naik ting5 g sekolah naik bas lak sebab sekolah kat bandar
macam2 lah kenagn masa naik bas tu
kol 6.30 naik bas dah...sampai sekolah kol 7.30
tu kalo nasib baik awal kalo lewat kol 8 baru sampai
semua itu adalah kenangan yang xakan dilupa.
bila dipikir2 terlalu banyak masa dihabiskan atas bas untuk g sekolah..
balik sekolah kol 2petang..sampai umah kol3 petang
2 jam sehari naik bas...huhuhu


KEHILANGAN ITU MENGAJAR AKU ERTI MENGAHARGAI APA YANG AKU MASIH ADA

sekarang aku dah habis belajar degree
mungkin pas ni da xsambung belaja kot
cukup lah dengan ape yang aku dah capai sekarang ni..
tu pun aku dah SYUKUR banyak dah aku boleh sampai ke tahap tu
kalo dulu aku malas belajar
tapi dengan tekad serta dorongan family dan kawan2 akhirnya aku bejaya.

sekarang ni masih lagi mengangur...
result sem 6 pom xkuar lagi
berdebar jugak...huhuhu
konvo lak dijangkakan 25hb-7-2011


semoga dipermudahkan segala urusan oleh-Nya

Wednesday, May 18, 2011

PERMAINAN KOMPUTER MENDATANGKAN KEBURUKAN ATAU KEBAIKAN



Pada zaman yang semakin berkembang maju ini, banyak teknologi yang canggih baru di perkenalkan. Kecanggihan teknologi pada masa kini banyak memberi kebaikan dan keburukan terutamanya kepada para pelajar. Antara kebaikan teknologi kepada pelajar ialah ia boleh membantu pelajar mencari pelbagai bahan rujukan di dalam internet. Segala maklumat yang di perlukan akan di perolehi dengan mudah. Pelajar juga boleh mendapatkan kemudahan ini dimana-mana sahaja. Komputer membantu manusia kearah kemajuan dalam kehidupan. Dengan adanya komputer boleh membantu para pelajar melakukan kerja dengan cepat dan serta boleh menjimatkan masa.

Di samping kebaikan komputer, terdapat juga keburukannya. Terdapat pelajar yang menggunakan kemudahan ini untuk tujuan keseronokan semata-mata. Remaja pada masa kini sering ponteng sekolah dan lebih suka melepak di pusat komputer. Mereka banyak menghabiskan masa di pusat komputer semata-mata untuk bermain video komputer. Keadaan ini boleh menyebabkan remaja lebih mudah terdedah kepada gejala yang negatif.

Permainan komputer sangat digemari oleh remaja masa kini berbanding dengan permainan tradisional. Pada zaman moden ini permainan tradisional semakin dilupakan oleh para remaja. Berlandaskan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi, menggalakkan para pengusaha menyediakan pelbagai program yang menarik serta mencabar. Keadaan ini sangat menarik minat remaja untuk mencuba permainan baru ini. Pengusaha pusat komputer pula akan mendapat banyak keuntungan.

Remaja sanggup menghabiskan masa berjam-jam semata-mata untuk bermain komputer. Keasyikan dan keseronokan ketika berada di pusat tersebut menyebabkan mereka lalai dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. Kelalain mereka bermain komputer menyebabkan pelajaran mereka akan terganggu. Prestasi pelajaran juga akan terjejas. Mereka akan lebih banyak terdedah kepada anasir-anasir negatif yang boleh merosakkan minda mereka. Terdapat sesetengah remaja yang cuba untuk melakukan aksi-aksi bahaya sebagaimana yang mereka lihat didalam komputer. Ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh video komputer terhadap minda remaja.

Permainan video komputer merupakan suatu permainan yang membazir. Para pelajar yang terlibat dalam aktiviti permainan ini perlu menyediakan wang secukupnya bagi setiap jam permainan. Semakin lama mereka bermain semakin banyak wang yang di perlukan. Biasanya mereka akan menggunakan wang saku yang diberi oleh ibu bapa untuk tujuan yang tidak berfaedah ini. Sepatutnya para pelajar menggunakan wang tersebut untuk tujuan yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku rujukan dan sebagainya. Keadaan ini juga akan mendorong pelajar terdedah dengan gejala buli di sekolah dengan memeras ugut pelajar untuk mendapatkan duit.

Pelajar yang ketagih dengan permainan ini sanggup ponteng sekolah atau melepak di pusat-pusat video komputer. Ada pelajar yang sanggup membawa pakaian persalinan untuk memudahkan mereka memasuki pusat permainan video tersebut. Justeru, pengusaha pusat permainan tersebut tidak dapat mengenal pasti sama ada mereka merupakan pelajar sekolah atau sebaliknya. Mereka akan bebas untuk ke mana sahaja yang mereka suka. Perbuatan ini seolah-olah menipu ibubapa mereka.

Permainan video komputer juga boleh mempengaruhi minda pelajar ke arah unsur-unsur negatif seperti peperangan dan keganasan. Aksi-aksi seperti ni juga akan merosakkan pemikiran mereka serta meracuni fikiran para pelajar. Gejaga ini dikhuatiri meninggalkan kesan dalam pemikiran mereka serta mempengaruhi mereka untuk melakukan aksi tersebut di luar bilik darjah.

permainan komputer hanya membawa kesan buruk kepada golongan pelajar. Ibu bapa dan masyarakat perlu memberi perhatian terhadap isu ini. Kita tidak mahu generasi muda terus alpa dan menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah ini.

Internet pada asalnya tidak merosakkan remaja, malah manfaatnya cukup banyak dari segi penyebaran maklumat, ilmu hubungan dan lain-lain. Dengan syarat manusia yang mengendalikannya, termasuklah tukang cipta sains komputer ini dan para penggunanya adalah mereka yang memiliki kekebalan dan kekuatan iman, akidah, ilmu, taqwa, akhlak mulia, amal soleh, cinta kebaikan, benci keburukan dan manusiawi. Ibu bapa dan masyarakat seharusnya memberi perhatian terhadap isu ini dengan mengambil peranan masing-masing bagi menghalang perkembangan teknologi ini bertukar dari kebaikan kepada keburukan.

Tuesday, May 17, 2011

Merantau

salam

tgk ko tajuk tu mace g merantau jauh jo...
padahal dok pom
aku merantu dekat2 jo
membawa diri...haha

aku merantau mencari line bb
walaupun xlaju sangat pom, tapi buleh la skadar nk buka fesbuk ngn update blog
marim seharian jalan2 jak pagi sapa petang

pagi tu antar sepupu daftar masuk tahfiz al-Quran kat kota bharu
pas habis taklimat..g jalan2 umah warih...
pas tu g umh mok daro

sampai petang baru balik smula umah kakak aku
letih yang amat

malam buka fesbuk...puanya lah banyak giler jemputan kawen
dalam cuti ni ramai gak saim2 hk nk kawen
jenuh la aku makan gulai dalam cuti ni

  • ada hak jemput ngn kad kat umah
  • ada hak pos kad kawen
  • ada hak jemput anta msj
  • ada hak jemput pesan2 ke kawan
  • ada hak tag kad kawan kat fesbuk

macam2 cara ada nk jemput kawen...dunia dah maju
pilih la mana satu hak kenan dihati

tapi rasanya kalo jemput g kat umh bagi kad lagi ikhlas kot...kompem aku g..huhu
kalu saim hk duk jauh2 tu mugkin aku dok g do kot
sebb jauh sangat payah nk g
kalu saim hk dekat2 tu aku g la



kepada saim2 hak nk kawen dalam cuti ni aku doakan

SEMOGA BERKEKALAN HINGGA AKHIR HAYAT

Wednesday, May 11, 2011

catatan seminggu di kampung

Salam Buat Semua Teman


Sepatutnya Kalo Dah Balik Kampong Ni Hati Mesti La Hepi

Tapi Bagi Aku Hepi Tu Sekejap Saja

Cepat Boring

Al Maklum la Umah Aku Mana Ada Tenet

Ada Broadband Pon Xguna ( Cis Xda Line)

Ye La Umah Aku Ni Bukan La Bandar

Bila Dipikir-Pikir Aku Rasa Nk Keja Lak

Tapi Xthu Nk Keja Gapo Pulok

Rutin Harian Aku Kat Umah Sepanjang Cuti Ni

Bangun Pagi Terus Buat Sarapan

Sebelum Buat sarapan Tu Mak Aku Dah Mula Membebel Sebab Bangun Lambat

Aku Masih Lagi Megamalkan Tabiat Dok Kat Kampus

Pagi-Pagi Xpernah Bangun Awal

Tapi Sekarang Dah Cuba Bangaun Awak Sikit…Huhuhu

Tengahari Pulak Kena Masak Untuk Makan Tengahari

Ape Aku Masak Pun Xtahu La….

Masak Je Ape Yang Ade..Janji Boleh Ditelan…Huhu

Bila Aku Cakap Kat Mak Aku Boring Xde Keja

Mak Aku Kata Tenangkan Hati Rehatkan Minda Dulu

Nati Buleh La Keja…

Pandai pulak mak aku memujuk

*********

Marim Aku Ikut Pak Sedara Aku Madoh Umah Worih Sebab Dia Nak Bekwoh Wak Balik Natu Bulan 6 Ni

Punya Lah Worih Xkenal Aku Anak Sape..Huhuhu

Boleh Pulak Tanya Aku Ni Dajah Baper?

Aku Hanya Mampu Tersenyum…J Dengan Soalan Itu

Konon Nya Mak Aku Cover Line, dia Cakap La… Dah Habis Belaja Kat Terenganu

Nampak Je Kecik Tapi, Tapi Umur Tua Dah…Aku Sengih Je Macam Biasa.. :-)

Ape2 Je Lah…Aku Awet Muda Sangat Kot…

Aku Xreti Nak Buat Style Macam Orang Dewasa ni

Nantikan Jadi Tua Terlajak Pulak…Huhuhu

**********

Ni Baru Seminggu Aku Duk Kat Umah Rasa Boring Gler…

Kalo Dah Sebulan Xtahu La Nak Kata

Mak Aku Ni Pelik Sikit Kalo Duk Umah Lama2 Ni Mula La Dia Nak Tunjuk Perangai Membebel Dia Tu

Aku Lak Cepat Naik Angin Kalo Dengar Orang Membebel Ni..(Adus Tension Aku)

Sampai Bila Harus Aku Sabar Ni..Aku Pun Xtahu

Cuti Sekolah Lak Lama Lagi

Xsabar Nak Tunggu Ustazah Balik..Hehheh

Harap Ada Ole2 Untuk Aku Dari Skingcan..Yea..Yea

Mungkin Ni Je Coretan Buat Kali Ini

I Miss U All…..Muaahh..Muuuahhh

Thursday, May 5, 2011

suka dalam duka



salam buat teman

Hari yang di tunggu telah pun tiba

rasa supo xcayo jah habis do final

pani mesti la pakat duk pikir nak cari kijo lako

aku ni xtahu la nk kijo gapo...

tanam angur la dulu kot

hehehe

kesempatan yang ada aku nk ucapkan selamat balik kampung kepada semua sahabat seperjuangn usuluddin

mintak maaf atas segala salah dan khilaf aku selama ini

rasa sangat terharu tengok saim2 pakat angkat barang aku tadi

terima kasih banyak-banyak

semoga kita berjumpa lagi...



pada awal nya tadi rasa sebak sangat bila tengok saim balik kampung

hanya air mata menjadi saksi perpisahan aku ngan saim2 tadi

aku cuba mencari kekuatan mengagahkan hati agar tidak mengalirkan air mata

ternyata aku paling sebok tengok kawan yang pergi meninggalkan aku

berbanding aku yang pergi meninggalkan mereka

bukan la bermaksud aku pentingkan diri sendiri

tapi itu lah aku... tidak sanggup ditinggalkan

kerna aku hanya insan yang lemah

bila balik rumah rasa hepi sangat

xpayah nk pikir pasal test, kuiz, asigment, tesis, prezen, dan macam2 lagi

tapi kesenagan itu hanya sementara sahaja

kerana masih terlalu jauh lagi perjalanan hidup aku


SELAMAT MAJU JAYA

Tuesday, May 3, 2011

Perjuangan Harus Di Teruskan

salam buat sahabat sekalian

mungkin hanya ini yang mampu aku coretkan buat sahabat semua

hanyalah sekelumit luahan hati dari insan yang biasa

perasaan sangat tersentuh bila memikirkan hari terakhir disini

gelak dam tawa kamu semua hanya tinggal memori sahaja

perjuangan harus diteruskan

kerana kita punya perjuangan yang berbeza

5hb 5 adalah satu tarikh yang sangat bermakna bagi aku

pas ni xleh dah nak makan makanan yang aku suka kat sini

nasi ayam madu, ikan sumbat di kedai moknah hanya tingal kenangan

putu bambo, kuih boom, lasa penang, sup Killer sudah tiada lagi

selamat tinggal pasar malam depan dan belakang

balik umah kejap mesti akan terus teringan kawan2 kat sini

mungkin aku perlukan sedikit masa untuk membisakan diri di rumah tanpa kehadiran teman2

ape aku nk buat nanti balik umah ni ek???

xpayh pikir lagi la sebab ada 1 paper lagi hari kamis ni. huhuh

kawan2 yang sangat baik kat sini menyebabkan aku rasa sangat sayang nk tinggalkan tempat ni




TERENGGANU DARUL IMAN...dalam memory

UniSZA tetap deHearty

Monday, May 2, 2011

Doa Perpisahan


Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Alloh tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Alloh bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga… Tuhan berkatim


Sunday, May 1, 2011

Usah Ditangisi Sebuah Perpisahan

salam buat sahabat seperjuangan

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
sememangnya itu adalah lumrah hidup
jika kita tidak merelakan perpisahan.....tiada gunalah terjadinya pertemuan itu...
HILANG DIMATA TAPI DEKAT DIHAT
semoga kita berjumapa lagi dilain masa dan ketika


selama 3 tahun berada di bumi UniSZA ni
perlbagai suka dan duka diharungi bersama
sama-sama menuntut ilmu di sini
pegi kelas bersama
makan bersama
tido bersama
berbual-bual kongsi cerita bersama
ketawa bersama

bermulanya 5hb 5 ni..semua kan mula membawa haluan masing-masing
aku mengharapkan korang tak akan melupakan segala kenangan pahit manis suka dan duka kita bersama...
aku akan tetep merindui semua kenangan ini...
akan aku abadikan di dalam coretan hidupku...

kepada kawan yang akan aku sentiasa rindui...

TIA...
segala gelak dan tawa mu akan sentiasa terpahat dihatiku...terima kasih kerana telah menceriakan hidupku.... you will always be in my dreams..hehehe
I WILL ALWAYS MISS U

CAK...
watak mu sangat berbeza sejak kita mula saling mengenali
semoga bahagia bersama pendamping hidup mu

ENTI...
ana akan sentiasa mengenang segala kebaikan yang telah enti berikan kepada ana

SHEE DA...
akan aku rindui kamu selamanya, bila xkenal maka xcinta
rupanya kamu menjadi teman terbaikku
segala telatah mu akan aku ingt selalu
semoga tercapai segala impian
WEDDING OF THE YEAR

WANDA...
antara sahabat yang agak pendiam..
aku mendoakan...
semoga suatu hari nanti kamu akan menjadi seorang ahli sufi
ingat daku dalam doamu...

DEB...
mungkin antara sahabat aku yang agak penyabar
aku doakan semoga berbahagia bersama insan yang dicintai
mungkin juga sebagai wakil kami untuk sambung MASTER..
semoga berjaya deb... mengapai segala impianmu
terima kasih kerna banyak membantu aku selama ini

KAI...
setahun bersamu..aku mula menerima erti hidup bersama rumet
mungkin aku bukan rumetmu yang terbaik
tapi hanya itu yang aku mampukan untuk jadi rumetmu yang terbaik
semoga kamu sentiasa menjadi rumetku selamnya..
kerna aku mengenali mu.... aku juga mengenali teman terbaikmu
mungkin juga kalo kamu tidak menjadi rumet ku
aku tak akan mengenali deb, wanda & she
mungkin juga ini adalah takdir sebuah persahabatan

MOK KAK...
dikala saat kali pertama aku datang ke sini tanpa teman
kamu telah menjadi teman pertamaku dulu kini dan selamanya...
aku memohon seribu kemaafan...kerna banyak menyakitkan hati mu
percayalah itu hanyalah gurauan sahaja..
kita pasti akan bertemu lagi selepas ini
akan aku aturkan satu REUNION untuk GENG QLATE

buat semua sahabat bukan senang untuk aku mencoretkan sebuah coretan ini
aku perlu tabahkan hati..walaupun seketika aku perlu berhenti menahan sebak dihati
biarlah linangan air mata menjadi saksi sebuah kerinduan aku buat kalian semua..

tidak lupa juga kepada semua sahabat seperjuangan usuluddin 20011
semoga kalian semua mencapai segala impian yang dihajati


I LUVE YOU ALL SO MUCH

nukilan, sang perindu..
YAMAS HABIB