WELCOME to my blog...:-)

This blog is merely expressions of faith alone ...thanks, to all my friends continue to support this blog...

Monday, June 20, 2011

Cikgu yang Sporting



salam

Cikgu..Guru..Ustaz..ustazah..Mudir..ape saje lah yang berkaitan dengan pendidik..bukan suatu tugas yang senang untuk dipikul
tugas guru itu bukan sahaja mendidik ke arah pencapaian akdemik semata2 malahan juga dalam membentuk sahsiah atau keperibadian pelajar.

jika dilihat hari ini tugas terlelu berat, terpaksa menghadapi pelbagai kerenah pelajar yang bermacam2...
aku yang mengajar sambilan ni pun xterlayan dengan perangai budak2.
cikgu yang baik dimata pelajar ialah cikgu yang paling sporting dalam kelas
spoting bukan bermaksud membiarkan pelajar naik kepala
tapi menegur pelajar dengan cara yang baik...
berlembut dan bertegas hendaklah kena pada tempatnya.
guru yang selalu skema di dalam kels boleh mengundang tidak puas hati pelajar.
menegur pelajar yang nakal di dalam kelas perlu menggunakan cara yang betul.
kalo x lagi degil lah budak tu

semalam aku hanya membiarkan budak2 main dalam kelas
aku hanya melihat...sejauh mana mereka nak bermain.
akhirnya ada yang menangis sebab bergaduh
aku mula naik berang... tapi kesabran masih lagi ditahap maksima
aku menegur dengan cara yang baik...akhirnya kelas menjadi senyap sunyi macam xdak orang...
bila aku siasat sape budak yang bergaduh tu.....rupanya dia antara budak yang paling degil dalam kelas tu....
kat umah mak bapak dia selalu pukul sehinggakan pukulan itu sudah menjadi sebati dengan dirinya.
patut la bila aku ajar budak tu mengaji payah benar nk lekat dalam kepala.
kelas yang seterusnya pandailah aku nak ajar budak tu....
latar belakang pelajar yang berbeza2, melahirkan suasana pembelajaran yang berbeza.
apabila menggunakan kekerasan sudah tidak menjadi hendaklah menggunakan cara yang lemah lembut dan berhikmah

tugas guru adalah tugas yang mulia.
manfaatkanlah tanggungjawab yang telah diberikan itu dengan sebaik-baiknya.


2 comments:

  1. tjumpa blog awk sbb sy tgh google 'mengambil hati pelajar yang nakal'. hrp2 kita disenangi olh para pljr

    ReplyDelete
  2. bukan senang untuk menangani pelajar yang nakal
    harap anda lebih banyak bersabar menangai pelajar yang nakal.

    ReplyDelete