WELCOME to my blog...:-)

This blog is merely expressions of faith alone ...thanks, to all my friends continue to support this blog...

Wednesday, October 30, 2013

Nikah Khitbah sweet couple :)

salam sejahtera kepada pembaca setia coretan al-Husna
lama betul xupdate blog.setelah sekian lama menyepi saya ingin berkongsi satu entri untuk dikongsi bersama iaitu berkaitan dengan nikah khitbah.

Definisi Nikah Khitbah

Khitbah bermaksud bertunang. Maksud nikah khitbah (atau, dalam sebutan biasa di Malaysia, nikah gantung) adalah perkahwinan yang memenuhi semua syarat-syarat sah nikah, tetapi pasangan belum hidup bersama, seolah-olah baru bertunang. Cara nikah sama seperti perkahwinan biasa, cuma kenduri kahwin belum diadakan.
Di samping itu, tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri belum lagi diwajibkan keatas suami, sehingga mereka menjalani kehidupan suami-isteri seperti lazimnya.
Oleh kerana mereka sudah pun berkahwin, mereka boleh keluar bersama atau belajar bersama atau apa-apa saja aktiviti yang melibatkan hanya mereka berdua. Cara ini lebih baik dari berkapel atau bertunang.
Kalau ditakdirkan berlaku kehamilan, anak itu adalah anak sah taraf.

so sweeeet...


semoga apa yang dirancang akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t