WELCOME to my blog...:-)

This blog is merely expressions of faith alone ...thanks, to all my friends continue to support this blog...

Tuesday, June 14, 2011

Antara Lelaki dan Perempuan

selawat dan salam

pelik je bunyinya tajuk entri aku hari ni..hehe
hanya sekadar perkongsian bersama teman...


lelaki diciptakan mempunyai sembilan akal dan satu nafsu, manakala permpuan pula satu akal dan sembilan nafsu. itu adalah sifat semulajadi yang telah diciptakan oleh Allah taala sejak azali lagi. tapi kenapa perempuan lagi ramai yang berjaya berbanding lelaki???

secara jelas boleh dilihat kalo kat kampus hanya segelintir sahaja terdapat pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan...
sepatutnya lelaki perlu lebih bijak mengambil peluang berbanding perempuan kerana
lumrahnya lelaki adalah pembimbing bagi perempuan, tapi hari ni telah terjadi sebaliknya.
mungkin kerana faktor pendidikan memyebabkan ramai lelaki yang sering merasakan dirinya rendah diri. .

pada hakikatnya lelaki tidak patut bersikap sedemikian...jangan pernah mudah mengalah dengan perempuan...(bukan bermaksud nak bela lelaki...tapi hakikatnya memag begitu)
walau sehebat mana pun perempuan, ia tetap memerlukan lelaki dalam hidupnya.
perempuan2 yang merasakan dirinya hebat sedarlah jangan sering memandang rendah kepada lelaki.

dalam dunia hari ini terlalu ramai lelaki yang sering tunduk dengan kehendak perempuan. manakala perempuan pula sering mengambil peluang di atas kelemahan lelaki...
contoh dalam konteks rumah tangga terdapat ramai lelaki dayus yang takot bini...ini adalah salah satu tanda dunia akhir zaman.

apabila dunia sudah berada dipenghujungnya bilangan lelaki lebih sedikit berbanding perempuan...
Ayuh dimana kaum adam untuk bangkit menandingi kaum hawa.

Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. apabila lelaki marah atau merajuk hanya seketika sahaja. sangat berbeza dengan Marah atau merajuk perempuan kadang2 mengambil masa berhari hari dan berminggu-minggu.

entri ini xde kena mengena antara yang idup atau yang dah meninggal dunia
~Peace~

perkongsian:
yamas habib

No comments:

Post a Comment