WELCOME to my blog...:-)

This blog is merely expressions of faith alone ...thanks, to all my friends continue to support this blog...

Saturday, March 26, 2011

JELINGAN AYAH


kepuasan yang melanda diri aku...
aku tertanya2 hak wak gapo la ek..???nk ngapal malas la pulok. biasala buat benda baik ni ada je halangannya...hujan lak semakin lebat, katil lok duk pangil aku..mai la tido neh..aku hanya menjeling tgk katil aku...katakan tidak pada katil. jam pkol6 ptg dah..aku pantang jugak tdo pas asar ni..orang kata boleh jadi sewel kalu tdo pah asar...
aku rasa nk kongsi satu jenaka..bagi aku cita ni agak lawak juga la..

JELINGAN AYAH


seorang Ayah suka memberi amaran anaknya dengan menjeling garang jika anaknya
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau anaknya
mengambil gula-gula, dia akan menjeling pada anaknya bermakna dia suruh letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, si anak mengikut ayahnya ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang
rukuk, si anak melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
anaknya yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
lalu si Ayah yang sedang solat terus memberi jelingan kepada anaknya. si anak pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. si Ayah yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret anaknya balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung si anak dirotannya. adusss sakitnyaaaa...


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

hanya jenaka sahaja tiada kaitan antara yang hidup atau yang dah meninggal...

nukilan,

yamas habib

Tesis Oh TesiS


memandangkan skgr ni sem akhir dah, suma pakat duk sibuk wak tesis lako. ada lebih kure 3 mgu lagi masa nak siap tesis. hak mana xsiap tesis lagi tu, harapnya jage duk putus aso lah. teruskan usaha anda untuk siap tesis...aku sediri pom xsiap 100% lagi tapi aku anta doh la bab 1 sapa bab 5 tu. ustaz xsiap semak lagi bab 3,4,5..pani jenuh ah aku nak edit balik tesis tu..satu peristiwa yang xkan aku lupa buat tesis ni bila aku xsemak molek ejaan masa anta bab 1 dan 2 ari tu..banyak jugak salah ejaan. paling memalukan bila aku nak eja KETIKA jadi eja KETIAK..malunya tidak tertahan bila ustaz tegur ejaan aku banyak salah. untuk hantar bab yang seterusnya aku tera semak sepuah hati aku takot ada kesalahan yg boleh memalukan diri aku..hahaha.
aku tera buat tesis ni sedaya upaya. aku sgt arat tesis ni dapat A, aku bayk sanagt dah korban masa nk buat benda tu..hmmm kadang2 tu mengeluh jugak dari pagi sampai petang asyik duk taip tesis je..tajuk tesis aku nk kata senag xla senag pom..payah jugak la walaupun ada kitab terjemah bahasa indon..pening aku nk tejemah balik bahasa indon tu..kadang2 blh jadi mek indon aku..hahhaa
disaat orang lain sibuk buat tesis aku lak xtahu nk wak gapo..kalo ada kawan2 nk soh aku tolong wak tesis dia pom boleh jugak aku ofer diri ni..tapi jangan lebey lak..stakat nk soh tolong tengok boleh la..hohoho
tajuk tesis kawan2 aku pom boleh tahan best jugak la, paling aku suka tajuk tesis shie..PENDIDIKAN ANAK2..aku rasa tajuk tu sangat best..rugi aku xpilih tajuk tu dari awal lagi..hehehe..tajuk kawan hak lain pom best jugak. kebnyakanya amik tjuk TASAWUF..maklumlah amik usluluddin pani pakat nak jadi ahli sufi lako..terutama wanda..hak..hak.. (jgn marah wanda) hanya usik manja saje..:=)
kepada adikku tia jgn putus asa utuk buat kesimpulan tesis tu..bagi cadangan yang boleh diaplikasi oleh suma orang...selamat maju jaya
buat adik ku cak..teruskan usaha utuk siapkan bab 4 dan 5 percayalah ko dapat musyrif yang terbaik sekali..caiiiyoookkk..
adikku enti, harapnya sebelum antar kat ustaz semak ejaan tu betol2 jangan lak semak wak tu malam nanti sakit mata nak semak....


hasil nukilan,
yamas habib

TIDOW SATU NIKMAT



hari ni hari minggu..hmmm pehe2 la nak waka gapo lagi kalu bukan tidow...hahha
bak kata kawan akau wanda tiap2 hari mingu dia jadi mat dadah ngn mat ngisap..hahaha nak kata nya dia hidup meta jo kalu hari minggu..(kuat tido.)padahal aku pom gitu jugak. pah maye subuh terus tido mula. isk..isk..isk ape nak jadi la nih. benaya kalu kita tidow banyok ni koho ngatuk..tapi gak dah ngtuk nak wak gano lagi, ubat dia tido jo lah hak aku tahu..kalu time ngtuk sgt tu sero gere nak amik puting gesek nk tukat klopok mata..hmmmm...habis ikhtiar :=)
masa kecik-kecik dulu aku paling takut tido dalam gelap..rasa macam napok hatu jo..heee seram aku.. skat besa ni xpo dah tdo dalam gelap pom tapi sero takut jugak kalu gelap gelita xdok cahaya sero po sesok napas xleh nak nyawa..hahaha. ada kawan aku tu pulak xsuka tdo pasang lampu..style masing2 la tuh. sblm tdo aku xleh tgk benda pelik2 mudah terbawak dalam mimpi, kalo mimpi indah xpe kalu mimpi menakutkan????.hishhhh ohhh tidakkkkk....
hari ni pom aku bangun lewat jugak sbb tido sore xdok ore nak ganggu..adik2 aku pom xsudi nk teman aku tdo..sebok :=( rumet aku balik kg mgu ni..tapi xpe aku blh tdo ngn lena smlm tanpa ganguan. hak moleknya tdo kot maten 6-8jam jo sari tapi aku 6-8 jam jo hk idup hak lain lagi tu tdow...hahahah naka la....aku nk kosi sikit info pasal tido..harap pakat buleh amal2kan:

4 PERKARA SEBELUM TIDUR (Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga
kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan
memberi syafaat di hari kiamat.
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.



nukilan,
yamas habib

Friday, March 25, 2011

selamat malam dunia


memandangkan jam pom pukol 11.30 dah jadi sesuai la aku post benda ni..
selamat malam dunia itulah kata-kata seseorang yang menarik minat aku untuk membuat blog sendiri..kononnya awal penubuhan blog ni nk sebar motivasi diri untuk semua..tapi rasanya masih dop terpesong lagi..hehe..jika ada kesempatan ingin aku updte blog ni tiap2 hari..aku xjanji sebab loni sibuk byk kijoen hak nk buat..jika ada kelapangn ensaAllah aku akan update ape je yg patut kat blog ni. diharap ianya dapat dikongsi dengan semua sahabat.
kpd penyuntik semangat aku untuk buat blog ni, hanya aku mampu hadiahkan AL-FATIHAH buat mu disana..semoga sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah...terima kasih atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan..

kisah aku update blog

salam untuk semua...

alkisah aku update blog hari ini...ia bermula apabila kawan aku dayah datang ke bilik aku untuk isi jpt..xthu la gano dia blh oyat suh baca blog kawan dia..aku pom ape lagi tera la baca...aku memg hak suka baca blog dah..
aku lak suka cara pengisian blog kawan dia tu bermula dari itu aku mula semangat nk update blog aku. benanya aku ada blog tahun lepas lagi tapi xupdate pom..ada sebab bakpo aku xupdate tu, maklumlah tenet cak kodi. loni aku guna bb doh tapi tak la laju sangat tapi gak tahan sikit la pado ngan wireles uniza tu.
bermula petang takdi aku kononnya aku nk la update blog aku ni..nk tukar desingn v comel sikit la..tapi xreti sangat pom nak wak.aku tera wak jugak la. emmm jadi la jugak lepas pado aku ptus aso dah nak wak, sebab aku saba jadi la jugak.aku bejaya tukar background ngn tulisan kat blog aku.aku lak xpanda mana nak pilih tulisan hak comel nih..tapi ada tulisan hak aku paling xsuka (tulisan algerian) xthu la bakpo ya aku xsuko sgt tlisan tu..jadi awal2 lagi la aku xpilih tulisan tu,,hehe..halangan petama masa nk update blog takdi letrik blackout tibo2..sakit ati jugak tapi xpo lah nk wak gano dah dia nk jetak sangat...aku pom terus tutup latop aku ni..
malamnya pula aku g makan bilik kawan aku deb..aku makan megi je mlm ni sbb xde org nk g beli makanan..sebok beta..=(...pah makan tu mcm2 la topik hak fok ni bua..tapi ada jugak topik hak aku xsuko bua hak..hak....pah habis je bual tu pakat buka la lptop aku lak oyt la la ko dyah aku suja baca blog kawan dia tu..ape lagi deb n she pom tunjukka blog hak paling top skali blog zackzukhairi..dia duk promote la blog tu kaku..aku baca la meta..tgk tu sedak jugak la..aku pom terus kelik bilik buka lptop nk update blog aku jgak...nasib malang sekali lagi menimpa..letrik blackout pulok doh..sakit ati molek la..tapi xpo aku tetap bersabar...SABAR ITU SEPARUH DARIPADA IMAM...maka bermula lah aku stat update blog aku ni..harapnya aku ni xla hangat hangit taik ayam..kpd shabtku she, deb, kai, wanda, adik2 ku tia, cak, anti selalu2 la korang baca blog ni...moga suatu hari nanti blog ini menjadi penghubung antara kita semua....

nukilan,
yamas habib..

Sunday, January 23, 2011

MAKNA KALIMAH ZIKIR

Kalimah zikir yang disebutkan didalam al-Quran dan Sunnah mempunyai beberapa makna, antaranya ialah :

1.2.1 Kalimah zikir yang bermaksud al-Quran al-Karim, sebagaimana dalam firman Allah :

Maksudnya:
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya. ayat Ini memberikan jaminan tentang kesucian dan kemurnian Al Quran selama-lamanya.

1.2.2 Kalimah zikir dengan makna solat jumaat, sebagaimana firman Allah :

Maksudnya:
Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum'at, Maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui. apabila imam Telah naik mimbar dan muazzin Telah azan di hari Jum'at, Maka kaum muslimin wajib bersegera memenuhi panggilan muazzin itu dan meninggalakan semua pekerjaannya.

1. Kalimah zikir dengan makna ilmu, sebagaimana firman Allah :

Maksudnya:
Kami tiada mengutus Rasul Rasul sebelum kamu (Muhammad), melainkan beberapa orang-laki-laki yang kami beri wahyu kepada mereka, Maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada Mengetahui

Monday, August 2, 2010

SOLAT DI AWAL WAKTU

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya

Saturday, March 27, 2010

12 wanita teladan dunia akhirat

1. Sayyidatina Khadijah Ummul Mukminin ra
2. Aisyah ummul mukminin ra
3. Sayyidatina fatimah az Zahra ra
4. Hafshah Ummul Mukminin ra
5. ummu Aiman ra
6. ummu Salamah Ummul Mukminin ra
7. Maimunah bt al-Harits ra
8. ummu Habibah Ummul Mukminin ra
9. Asmaa binti Abu Bakar ra
10. Fatimah al-Khattab ra
11. Musaibah bt ka'ab ra
12. Atiqah bt Zaid ra

Sunday, February 7, 2010

sunat potong kuku




kepada muslimin dan muslimat diharap dapat mengamalkan sunah ni..bkn sush pun. sape2 yang kuku panjang tu harap potong la ..peace

santapan rohani

Buat panduan bersama..... . Beberapa perkara yang perlu diketahui:-

1. Istimewanya menolong orang
Menolong orang adalah lebih baik daripada berikhtikaf selama sebulan di Masjid Nabawi.

2. Hebatnya akal
Manusia sentiasa ada kelebihan samaada didunia dan diakhirat.

3. Mendapat selawat malaikat
Seseorang muslim yang mengucapkan salam sesama muslim dan menjawab kembali salam itu, malaikat akan memberi selawat sebanyak 70 kali keatasnya

4. Perniagaan ibadat
Ibadat itu seperti berniaga dimana kedainya adalah bersunyi-sunyian, modalnya adalah takwa dan keuntungannya adalah syurga.

5. Jangan marah
Syaitan sangat suka menguasai anak Adam yang dalam keadaan marah.

6. Takwa yang dipandang
Tiada perbezaan diantara orang yang berkulit hitam atau putih, kaya atau miskin melainkan ketakwaan yang membezakannya.

7. Kesenangan di syurga.
Didalam syurga terdapat kesenangan yang tidak tergambar oleh mata, tidak terdengar oleh telinga dan tidak terlintas dihati manusia.

8. Jatuhlah dosa.
Seseorang yang sembahyang akan diletakkan semua dosa-dosanya diatas kepala dan kedua-dua belah bahunya, maka apabila rukuk/sujud maka berjatuhkanlah semua dosa dosa yang diletakkan itu.

9. Bacaan sebelum tidur.
Apabila duduk ditempat tidur, maka bacakanlah ayat Kursyi hingga akhir nescaya akan dilindungi Allah dari syaitan yang durjana hinggalah ke pagi.

10. Orang paling kuat
Orang paling kuat adalah orang yang boleh bangun pada tengah malam untuk bertahajjud kepada Allah dan boleh bangun untuk Subuh.

11. 2 nikmat
2 nikmat yang sering manusia tertipu tentangnya iaitu waktu sihat dan waktu lapang.

12. Istimewanya Jumaat
Hari Jumaat adalah hari Adam masuk syurga dan dikeluarkan dia darinya serta pada hari itu jugalah terjadinya Kiamat tidak pada hari-hari lain.

13. Tanda-tanda hari kiamat

Tanda-tanda Kiamat ialah apabila hapusnya ilmu agama, berjangkitnya kejahilan, melimpahnya minuman keras dan bermaharajalelanya perzinaan.

14. Orang yang baik
Orang yang baik tidak dianggap baik sekiranya meninggalkan dunianya kerana Akhirat dan tidak juga meninggalkan Akhiratnya kerana dunianya. Sehinggalah mereka perolehi kedua-duanya sekali.

15. Istimewanya orang sakit
Sakit seorang hamba yang sakit lebih 3 hari ,maka keluar dosa-dosanya sebagaimana baru lahir dari kandungan ibunya.

16. Rumah dermawan
Rasulullah pernah bersabda sesungguhnya didalam syurga ada rumah yang bernama rumah orang yang dermawan.

17. Martabat disisi Allah
Siapa merendahkan martabat diri kepada Allah, maka Allah mengangkatnya kepada yang tinggi disisinya.

18. Dilarang prasangka
Jauhkanlah diri daripada buruk prasangka kerana prasangka itu adalah perbicaraan yang paling buruk.

19. Ubat hati
Ubat hati yang luka adalah iman yang kuat.dan zikir

20. Supaya rezeki datang
Hubungkanlah kasih sayang sesamamu, nescaya rezekimu berdatangan dari jurusan yang tidak terduga.

21. Istimewanya al-Quran
5 macam unatuk mengubat hati iaitu duduk dekat orang soleh, membaca Al-Quran, mengosongkan perut, bangun waktu malam untuk bersujud kpd. Allah dan merendah diri kepada Allah.
"