WELCOME to my blog...:-)

This blog is merely expressions of faith alone ...thanks, to all my friends continue to support this blog...

Friday, September 16, 2011

menanti segulung ijazah

Assalamualaikum...
salam sejahtera ku ucapkan kepada semua sahabat handai yang mengenali diri ini

setelah 4 bulan tidak bejumpa dengan sahabat seperjuangan akhirnya terubat juga rindu dihati apabila dapat berjumpa kembali dengan mereka...
secara keseluruhannya semua sahabat menampakkan sedikit perubahan
ada yang sudah bergelar isteri
ada yang bergelar tunangan orang
ada yang sudah bergelar ibu dan bakal bergelar ibu...
ada juga yang masih lagi single mangel termasuklah aku..
alhamdulillah sumanya sihat2 belaka

17-18 september 2011 merupakan tarikh yang sangat dinanti2kan setelah 3 tahun bertungkus lumus mencari ilmu... pada hari itu semua sahabat handai bakal dikurniakan segulung ijazah masing2. semoga segala usaha yang dilakukan sebelum ini bakal membuahkan hasil pada suatu hari nanti....ensyaAllah .... amin


untuk hadir konvokesyen ni aku terpaksa ambik cuti 3hari
sebenarnya payah jugak nak ambik cuti sebab xdak orang nak ganti
ensyaAllah aku akan kembali berkhidmat semula pada hari isnin malam
anak2 muridku jangan nakal2 tau

bersambung...

Friday, August 26, 2011

Ramadhan Kareem...


salam sejahtera buat semua umat Islam...

sepanjang bulan puasa hari ni baru aku ada peluang untuk update blog...
malam ni malam ke 27 ramadhan... malam yang penuh barakah...
malam lalatulqadar adalah malam yang dinantikan oleh seluruh umat Islam..
malam yang lebih baik daripada seribu bulan...sama2lah kita beramal dibulan yang yang mulia ini
jangan lepaskan peluang sehingga kita diberikan peluang untuk terus beramal....

sepanjang bulan ramadhan ni macam2 hal dah berlaku...
ada khabar gembira dan kabar sedih

tanggal 17 Ramadhan aku dikejutkan dengan pemergian clasmate aku masa sama2 ambik STPM dulu... tetiba rasa terkejut sangat...semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..al-fatihah...amin...
ajal dan maut tidak mengenal usia... arwah telah terbabit dalam kemalangan yang sangat mengerikan setelah moto yang dinaiki arwah bertembung dengan moto penagih dadah..nauzubillah... Allah lebih sayangkan beliau...ketentuan Allah adalah yang terbaik buat kita... kita yang masih hidup perlu teruskan perjuangan..

selain tu, tahniah aku ucapkan kepada bestfren aku Adibah razi coz dah menamatkan zman bujangnya pada tanggal 12 Ramdhan 2011
semoga berbahagia disisi suami yg tercenta...
aku mendoakan kebahagian kalian berdua
barakallahufiQ

2 minggu sebelum menjelangnya hari raya aku sangat sibuk giler
nak kata sibuk buat persiapan raya pun xjugak...sibuk buat keja orang..hahah
aku ada buat bisnes kuih raya kecil-kecilan...cukup la tuk beli baju raya
sehingga hari ni pun masih banyak lagi tempahan...tapi sempat nk buat dah...
banyak lagi keja lain yang aku nak buat...expecialy kemas rumah..hahah
banyak sangat komitmen aku kena buat.

selain tu aku sibuk jugak tanda paper trial student abang aku
kalo sikit xpe jugak... hampir 3oo student
adoyaii poning aku... xdea nk rehat pun...
mungkin itulah kesibukan aku sepanjang bulan ramadhan ni
raya ke 5 aku dah stat mengajar semula..xsabar rasa boring dah duk umah xdk line bb

sebelum aku akhiri entri aku kali ni aku nk ambik kesempatan tuk ucap selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfiti..maaf zahir batin


aku memohon sejuta kemaafan andai entri aku yang sebelum ni ada yang menguris hati
selamat hari Raya ni aku tujukan khas buat sahabat seperjuangan Shee da, deb, kai, wanda, tia, cak, dan enti... xsabar nk jumpa masa konvo nanti...i miss u ol..peace :-)

luahan rasa:
As al-habib

Wednesday, July 27, 2011

apakah itu erti Kebahagiaan?

bismillah dan salam

bahagia tu adalah perkara yang sangat subjektif
semua orang menginginkan hidup yang bahagia
tapi tahu kah kita bagaimana hidup bahagia yang sebenarnya???
bahagia xsemestinya hidup dalam serba kemewahan
bukan juga bererti orang yang miskin hidupnya tidak bahagia
terdapat ramai orang yang hidupnya susah tapi memiliki ketenangan jiwa.


ramai orang yang hidup dalam kemewahan tapi hatinya sentiasa diselubungi rasa resah dan gelisah
sebagai contoh yang boleh dilihat dan direnung bersama orang yang kaya sudah pasti memiliki segalanya, tapi tidak bererti memiliki kebahagian yang hakiki
nikmat kebahagian itu adalah milik Allah yang abadi...


salah satunya kita akan merasa bahagia apabila orang yang disayangi berada disisi
sesiapa sahaja berhak untuk mendapat kebahagian
ramai orang tersalah sangka tentang ketenangan hidup ramai orang yang mengaitkan faktor kekayaan kepada penyumbang ketenagan hidup

betapa ramai orang yang tidur di atas katil yang empuk kadang2 tidurnya tidak lena
bahkan ada orang yang hanya tidur di pondok tapi tidurnya lebih lena

ada orang yang dihidang lauk pauk yang enak tapi lidah nya tidak merasa nikmat
bahkan ada orang yang hanya makan ala kadar sahaja tapi makannya lebih nikmat

kata hamka :
LIHATLAH BAGAIMANA ALLAH MEMBAHAGIKAN NIKMAT-NIKMAT-NYA
jika Allah ingin memberikan nikmat kepada seseorang tiada seorang pun yang dapat menghalangnya
jika Allah menghalang nikmat seseorang, dia tidak akan dihulur oleh apa-apa tangan



Monday, July 25, 2011

kerinduan sama teman


5 Mei 2011 itulah tarikh terakhir aku bersama dengan kawan2 di UniSZA
lebih kurang 2 bulan lebih dah aku meninggalkan UniSZA
kerinduan pada kawan2 seperjuangan semakin hari semakin rindu
aku hanya mampu melepaskan kerinduan kepada kawan melalui chat di FB dan mesej je

apa boleh buat jarak memisahkan kami
aku harap persahabatan ini tidak terputus ditengah jalan saja
sepanjang 2 bulan lebih ni..masing2 sudah mencari kerja sambilan mengikut minat masing2

shee da aku teramat rindu kepada mu....bilakah masa bila boleh bertemu??
aku dengar kamu sudah berjinak2 dalam bisnes. semoga tidak terhenti ditengah jalan saja
teruskan usaha mu hingga berjaya...caiyoook

Wanda... jika Allah telah menetapkan rezekimu di MAIDAM itu lah rezekimu...syukur Alhamdulillah... kamu kerjalah baik2.. jangan sia-siakan peluang yang ada
timbalah segala pengalaman di situ sebaik yang mungkin.

Deb... dengarnya kamu sudah menjadi seorang guru
mungkin job tu sangat sesuai dengan kamu..hehe
bukan senang nak melayani kerenah budak2...
aku harap kamu banyak2 bersabar dengan kerenah anak muridmu..:-)

kai...my lovely xrumet... walaupun jarang kita chat... tapi sedikit sebanyak aku tahu jugak perkembangan kamu sekarang...
khabarnya sudah menjadi tenaga pengajar di tadika...
kira tugas mencabar jugak tu...hehhe
kira ok la tu... mendidik kanak2 diperingkat awal...bukan senang tu..huhu

tiya... begitu banyak memori antara kita berdua
semakin hari semakin aku rindu sama kamu.... sekali sekala je dapat chat ngn kamu.
mungkin sibuk sangat menjaga kedai pakcik ko...
apa sahaja keja yang kita buat janji kita happy...
p/s: tia jangan pernah lupakan kita tau... i miss u

cak... sibuk sangat ke ko sekarang?
payah sekali nk tgk on9 fb..
kalo xsilap ko pon dah keja jadi cikgu...alhamdulillah
pasni jangan la demam lagi ek...biasa la tu first time mengajar
kuatkan mental dan fizikal ek..:-)

enty... rasanya kamu masih lagi sentiasa sibuk seperti dulu
tidak pernah membiarkan masa berlalu begitu sahaja...
Akk bangga dengan kamu enty... teruskanlah berdakwah menegakkan Syiar Islam
semoga segala usaha yang kamu lakukan tidak sia-sia
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM...

itulah serba sedikit perkembangan yang aku tahu pasal kawan2 yang aku
mungkin sedikit sebanyak boleh mengubat rindu aku kepada mereka..
aku doakan kalian semua sukses dalam hidup


Sunday, July 24, 2011

Cepatnya Masa Berlalu



bismillah dan salam

alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan izin nya masih lagi kita dapat menikmati udara yang nyaman anugerah dari ilahi

sedar xsedar minggu ni minggu terakhir dah aku mengajar di Zunnur ni
lebih kurang 7 minggu aku mengajar di sini. begitu cepat rasanya masa berlalu
rasa macam baru semalam aku di sini

kelas bimbingan al-Quran ZUNNUR akan mula bercuti pada 28 julai 2011 dan akan dibuka semula pada 4 september 2011...
sepanjang bulan Ramadhan kelas bimbingan al-Quran ini akan bercuti selama sebulan
mungkin inilah juga sebaik-baik kesempatan yang aku ada untuk menikmati keindahan bulan Ramadhan dikampung halaman aku sendiri.
setelah 3 tahun aku meraikan bulan yang berkat itu di perantauan..
jarang sekali untuk aku berpuasa dirumah bersama ahli keluarga yang lain
semoga Ramadhan kali ini penuh bermakna bagi aku.

EnsyaAllah mungkin aku akan menyambung semula khidmat aku di sini sebagai tenaga pengajar di Zunnur selepas hari raya Eidulfitri nanti...
rasa sayang jugak nak tinggalkan tempat ini..banyak meninggalkan kenangan dan pengalaman yang berharga..


Tuesday, July 19, 2011

Kerenah Anak Muridku

bismillah dan salam

petang tadi aku asyik je mekap blog aku..
ni lah hasilnya...xla comey mana pun..tu je yang mampu aku buat
bukan pakar IT sangat pun...tapi sedap mata memandang...hehe

ok la berbalik pada cita anak murid aku
hmmm...macam2 hal yang membuatkan aku xkering gusi dan skit tekak..hua..hua...hua
nama lagi ajar budak2 kan..macam2 kerenah ada
aku banyak berhijrah..kejap ngajar kelas bawah kejap mengajar kelas atas
so lagi ramai la aku boleh tengok lagak budak2
ada yang manja suka merajuk...xde masa aku nak pujuk...lantak la nk merajuk pun...jahatnya..haha
ada yang lak suka mengadu..adus xterlayan aku

semalam ada budak popmuan menagis sbb gaduh ngan budak laki
aku buat bodoh je..sape soh main kat luar kelas...kan dah kena
antara pelajar yang paling aku suka tengok
kalo kels malam suka sgt tgk hazim, yusrina, aidil...very sporting
aidil dah khatam Quran pada malam nisfu Syaban...alhamdulillah
yusrina lak lancar sangat baca Quran...xlama lagi khatam la
hazim lak baru je umur 6 tahun baca Quran pun dah lancar....bangga tol la..:-)


kelas sesi petang lak aku xterlayan kerenah kamalia, atrisya, marisa, balQis dan ramai lagi yang sgt cooool lah...hehe
kamalia antara budak yang sangat rajin mengaji..
kalo budak lain dok main2 dia lak tekun baca quran..baru 6 tahun dan baca Quran besar
Atrisya lak..manja sangat..nak marah pun rasa xtergamak..

sebenarnya aku sayang suma anak muridku
kalo aku marah tu tandanya aku sayang la tu...hehe

i love ZUNNUR ENTERPRISE


Monday, July 11, 2011

Semua terTIPU..hehe

salam buat teman-teman

balik umah mgu lepas aku nak cita la sikit satu peristiwa yang paling melucukan
nak kata salah aku xmungkin la kot
tapi sikit2 tu ada la

al-kisahnya aku naik moto abang aku g antar mak da aku g makan gulai xjauh mana dari umah aku
nak dijadika cerita masa aku naik tu ok lagi xde masalah
masa nak balik tu tiba-tiba moto aku mapus tgh jalan
nasib baik la dekat lorong nak masuk umah aku dah
xjauh sangat la aku tolak moto tu
sampai umah abang aku tanya bakpo moto mapus?
aku oyt jelah xtahu tiba-tiba je mapus tengah jalan sakni
sebenarnya aku takot jugak sbb moto tu moto ksyangan dia
abang aku punyalah panik terus cek moto tu rosak gapo
cek punya cek aku pun xtahu la dia kata rosok gapo
siap g beli alat ganti la
tapi xidup jugak...

esoknya g beli alat ganti lain pulak tetap xidup jugak
pastu try test alat ganti kat moto spupu aku...xidup jugak
abang aku kata dia dah habis iktiar dah..dia xtahu dah nak wak gana muto tu
last skali dia ajak adik aku g baiki moto tu kat bengkel
terpaksa lah tunda moto tu...kira jauh jugak la ngn bengkel tu

xlama pas tu adik ngn abang aku pun balik la
moto pun dah idup dah dengan ok
tau xmoto tu rosak ape???????????? hahahha


sebenarnya moto tu xrosakpun just HABIS MINYAK JE..
makanik tu bukak salur minyak tgk minyak xmenitik pun
bila bukak tangki minyak tengok minyak kering kontang
MACAM MANA NAK IDUP??? HAHAHA

rupanya meter minyak tu rosak
mati2 tertipu ngan meter minyak tu
sbb kat meter minyak tu masih banyak lagi minyak


dalm kes ni salah aku ke?
dah tu aku mana nak tahu minyak tu habis
abang aku pun xcek minyak jugak terus je bukak benda yang xrosak

pengalaman la jugak bagi aku
jangan tahu naik moto je
kena pandai cek jugak ape yang patut terutama minyak
make sure sentiasa full

JANGAN MUDAH TERTIPU

Wednesday, July 6, 2011

TEKNIK ATAU CARA MENERIMA KRITIKAN

Assalamualaikum
tip ni aku cedok dari post PMUS batch
saje nak konsgi ngn saim2 yang ada sifat panas baran, pantang ditegur.
peringatan buat diri aku juga,,,

1. Diam :
Niat dengar kritikan daripada sahabat kerana Allah
dengar kritikan dengan teliti, jangan cepat untuk mencelah

2. Jangan marah :
Kawal emosi
Fikirkan kritikan tersebut secara rasional

3. Minta pandangan & nasihat :
Pandangan daripada pengkritik untuk atasi masalah atau
kelemahan-kelemahan yang berlaku

4. Minta maaf :
Atas kesilapan atau kesalahan yang berlaku. Maruah diri tidak tergugat dengan meminta maaf.

5. Ucap terima kasih :
Atas kritikan atau nasihat dan teguran tersebut.

6. Minta doa daripadanya :
Agar kelemahan-kelemahan dapat diatasi untuk mendapat keredaan Allah s.w.t. agar keadaan menjadi baik.


Selamat Beramal !

Exco Akademik PMUS
Sesi 2011/12

Monday, July 4, 2011

Sahabat yang Di Khianati

salam buat semua teman seperjuangan


sape yang tengok drama bersiri ANNISSA?
sebelum ni aku pom xtgk gop cita tu sebab main lewat sangat kol 10.30 malam
biasanya kol10 aku tido dah sebab xdak kijo nk buat

semuanya suda berubah sejak aku keja kat Zunnur Machang
ye lah mengajar pom kol 9.30 baru habis
balik2 mengajar duk bual2 dulu kol 12 lebih baru tido
jadi aku ada kesempatan la nk tgk cita ni..best jugak la

ape yang menarik minat aku pasal cita ni, sebab berkaitan dengan persahabatan
aku sensetif benar kalo cita berkaitan dengan sahabat.
sama lah jugak macam aku minat cita 3 idiot
sape xtgk lagi 3 idiot silalah tgk..sedih bangat..sob..sob..sob
semuanya cita sal sahabat...suka sangat...hehe

sinopsis ringkas cita ni la kan
cita pasal 4sahabat kawan baik dari kolej lagi sama2 bukak syarikat fesyen
dilakonkan oleh anna, balkis, sara dan shila


masing2 diberi tugas masing2...pada asalnya semua saling mempercayai antara satu sama lain
kalo dah kawan tu sape yang xpercaya...
akhir nya kepercayaan itu mula dikhianati

antara 4 orang tu anna je dah kawen ..3 orang xkawen lagi.
balkis mungkhianati anna dengan merampas suami anna dalam diam2
suami anna curang sebab anna xblh mengandung.
manakala shila pula seorang mata duitan dia telah mengkhianati anna dengan menyelewangkan duit syarikat sebanyak 7 juta
sara pula telah dituduh meramapas suami anna..sedangkan sara telah meletakkan jawatan dari syarikat sebab menghidap penyakit barah.
dia xnak kawan dia susah hati kalo tahu dia ada sakit barah
anna sangat menyanyangi kawan2nya hingga xsedar kawan2nya sudah belot kpdanya
macam2 konflik dah berlaku
tu jelah serba sedikit sinopsis cita tu
kalo nak tahu lebih lanjut lagi psal cita ni...silalah tgk setiap selasa hingga kamis kol10.30 malam di tv3

kalo aku tanya korang la kan antara pengkhianatan merampas suami dan wang ringgit mana lagi sakit hati..??
kalo duit tu bukan sikit sampai 7 juta...banyak tu
setiap orang punya pendapat masing2 la kan

kalo semua tu kena kat aku xtahu la nak kata
mintak lah dijauhkan...
bagaimana anna mempercayai kawannya begitulah juga aku menghargai semua teman2 yang pernah aku kenali
betapa skitnya hati bila dikhianati oleh kawan sendiri

SAHABAT DIRIMU SUKAR DICARI GANTI

Wednesday, June 29, 2011

Minggu Suka dan Duka

salam buat teman2

minggu ni masuk minggu ke3 aku mengajar di Zunnur Machang
macam2 pengalaman telah aku peroleh sepanjang 3 minggu ni
minggu pertama kira sangat ok
sebab baru je nak biasakan diri ngn budak2
minggu ke2 kira ok lagi..aku masih boley handle perangai budak2
alhamdulillah jugak sebab selama aku mengajar ni ada pelajar khatam Quran ngan aku
wah rasa bangga sangat...

minggu ke3 ni aku dah mula rasa sakit jiwa ngn budak2 ni
makin aku larang makin la menjadi2 perangainya
setakat aku boley sabar tu aku sabar je
hari ni kira sabar tahap maksimum dah
habis suara dah nk menjerit
laki pompuan sama je..xdengar kata
geram je aku nk rotan...hmmm :-( tapi apa boley buat aku sabar je lah



esok hari kamis rasa xsabar dah nak balik umah
minggu leps xbalik umah pom sebab g berkelah kat pantai telong
2 minggu ah xblik umah..rindu ase..hehhe

esok jugak kira hari paling bermakna dalam 3 minggu ni
hahah esok da dapat gaji...yihaaaa
xsabar rasa nk g enjoyyy
lagi bermakna dapat duit hasil usaha sendiri
sebelum ni harapkan duit orang bagi je

stakat ni aku masih lagi mengintai2 peluang keja yang lain
xkan la aku nak keja sini selama2nya
nk jugak cari pendapatan lebih sikit
harap pas ni dapat la job OK sikit
nukilan,
yamas habib