WELCOME to my blog...:-)

This blog is merely expressions of faith alone ...thanks, to all my friends continue to support this blog...

Friday, April 22, 2011

Haqaiq Perbandingan


SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Nama sebenar beliau Ali bin Abi Thalib bin Abd al-Muttalib bin Hashim bin Abd al-Manaf al-Quraisy. Sejak kecil lagi beliau terdidik di rumah Rasulullah s.a.w dan juga tidak pernah berpisah dengan baginda. Saidina Ali juga terkenal sebagai seorang yang handal dan berwatak perwira. Ia tidak pernah ketinggalan dalam menyertai semua peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w melainkan Perang Tabuk.

Saidina Ali bukan sahaja seorang sahabat besar Rasullullah S.A.W. serta yang paling dicintai oleh baginda bahkan beliau juga seorang manusia luarbiasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan. Kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan pidato yang masyhur. Beliau seorang pahlawan yang tiada siapa dapat menafikan yang mana beliau merupakan di antara barisan pahlawan-pahlawan terbilang.

KEHIDUPAN KEROHANIAN ALI BIN ABI TALIB

1) Beliau telah diberi nama Rabbani Ummah kerana beliau sejak kecil hingga dewasa tidak kafir dan syirik malah beliau tidak melakukan amalan jahiliyyah bahkan beliau hanya mengetahui kebaikan sahaja.

2) Beliau merupakan seorang yang faqih dan ahli ibadah serta mengumpulkan al-Quran. Bukti yang mengatakan beliau sedemikain ialah apabila Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar bergantung kepada beliau dalam memutuskan fatwa dan hukum yang penting yang tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

3) Beliau berada di tempat pertama dalam kedudukan kesufian syeikh-syiekh yang mulia. Beliau juga merupakan ketua sesebuah kaum yang cinta kepada Allah daripada pandangan mata hati, kecintaan kepada ibadah, cahaya ketaatan, wali yang bertaqwa serta pemimpin yang adil.


MAKNA KEROHANIAN DALAM KEHIDUPAN ALI BIN ABI THALIB

Setiap percakapan itu bukan kerana mengingati Allah ia adalah melalaikan, setiap perbuatan diam bukan digunakan untuk berfikir maka ia merupakan satu kelalaian, setiap pandangan itu jika bukan untuk memberi pengajaran maka ia juga satu kelalaian, dan setiap pergerakan itu bukan untuk beribadah ia merupakan tempoh Allah mengasihi hamba-hambaNya. Maka percakapan itu untuk mengingati, diam itu untuk berfikir, pandangan itu merupakan pengajaran, pergerakan itu adalah pengabdian kepada Allah s.w.t dan terselamatlah manusia daripada lisan dan tangannya.

Kalamnya daripada sifat-sifat ahli ibadah yang bertaqwa dan mereka adalah orang yang mempunyai kelebihan, percakapan mereka benar, pakaian mereka sederhana, kehidupan yang tawadu’, memelihara pandangan mereka daripada apa yang telah diharamkan Allah, mendengar ilmu yang bermanfaat, diturunkan kepadanya ujian tetapi baginya seperti satu kemakmuran, sekalipun apa yang telah ditetapkan Allah kepada mereka tetapi mereka masih merindukan pahala kepada Allah dan takutkan azab-Nya.


No comments:

Post a Comment