WELCOME to my blog...:-)

This blog is merely expressions of faith alone ...thanks, to all my friends continue to support this blog...

Saturday, April 9, 2011

Thesis summary

salam untuk semua pembaca yang setia..
semoga sentiasa dirahmati oleh Allah s.w.t

memandangkan aku sekarang ni semester akhir dah, ada satu tugasan ilmiah harus diselesaikan untuk bergraduate...
pemilihan tajuk bermula semester 5 lagi.
masa pemilihan tajuk tu aku dah pening kepala xthu nk wak tajuk gapo
akhirnya..setelah berbincang dgn ustaz..maka terhasillah sebuah tajuk
KONSEP ZIKIR MENURUT IBNU ATOILLAH AL-SAKANDARI DALAM KITAB MIFTAH AL-FALAH WA MISBAH AL-ARWAH...
yang bermaksud
~kunci kejayaan dan penerang bagi roh dan kejiwaan~


aku mula mengenali Ibnu Athoillah dalam satu cerita yang sangat popular satu ketika dulu..iaitu cerita ..KETIKA CINTA BERTASBIH..
dalam cerita tu ustaz khairul azam menghuraikan tentang kitab Hikam Ibnu Athoillah..
aku mula terpikir hebat sangat ke Syeikh tu?
aku mula menarik minat untuk tahu siapa dia?
setelah dibuat kajian dia merupakan seorang tokoh yang sangat hebat di mata dunia..
beliau adalah antara Syeikh yang mempunyai pengetahuan yang sangat luas dalam ilmu agama
beliau lahir daripada keluarga yang sangat cintakan ilmu pengetahuan...
selain daripada kitab hikam beliau juga banyak mengarang kitab-kitab lain sebagai rujukan umat Islam
mengenai konsep zikir yang terdapat di dalam kitab tersebut :
Zikir menurut ahli sufi seperti Ibnu Atoillah, bermaksud ”menyingkir” lupa dan lalai dengan hati selalu ingat kepada Allah.
beliau mengatakan untuk proses pembersihan hati perlulah melalui penyucian jiwa iaitu dengan hati sentiasa ingat kepada Allah..


untuk menyiapkan tesis ini, ada bnyak halangan jugak sebab terpaksa terjemah kitab arab kepada bahasa melayu..
walaupun ada terjemahan dalam bahasa Indonesia...agak pening jugak la..

untuk mengetahui isi kandungan yang lebih lanjut tentang kitab ini nantikan post yang berikutnya...
To Be conti....

coretan,
As_Huss

No comments:

Post a Comment